Pedal to the Metal Zine (Issue #1)

1

Ok, kalau anda follow penulisan kami di DtE, memang agak jarang kami membuat ulasan berkenaan bahan bacaan. Hanya 1 entry iaitu mengenai Soylent Zine #1 oleh Deadbeat. Boleh baca kat SINI untuk ulasan pendek. Ok, kali ini gua mendapat free copy dari penaung komuniti Pedal to the Metal yang sebenarnya tidak pun berdaftar kerana dari pembacaan gua, ia nya adalah satu aktiviti riadah sambil beramal. Itulah konsep asalnya disambing berbasikal. Copy ini gua dapat free sebab gua terlibat dalam proses cetakan kulit zine ini, itu sahaja. Terima kasih editor Pedal to the Metal zine. Sebagai mukadimah, gua menulis kerana zine ini tidak sekadar menceritakan tentang kayuhan basikal dari satu2 destinasi tetapi ianya tetap bersangkutan dengan muzik contohnya kayuhan ke gig2 yang diadakan sekitar Semenanjung Malaysia. Editor zine ini ialah owner kepada Faithcraft Production iaitu saudara Raimi yang turut terlibat dalam beberapa kugiran muzik bising dan merupakan kenalan gua jugak walaupun kami sangat jarang boleh berjumpa kerana gua merupakan seorang manusia yang sangat sibuk dengan hal duniawi.. hahaha.. Ok jom gua cerita sikit pasal zine ini.

Terdapat kisah kayuhan berbasikal yang dinamakan sempena agenda yang dihadiri seperti Jasad : Brutal in Malaysia (Pulau Pinang), Kickin’ & Thrashin’ Fist (Alor Setar, Kedah), An Evening with Frank Blackfire (Johor Bahru) dan Ride & Roll to Singora (Thailand). Setiap kayuhan turut membawa konsep yang sama iaitu beramal. Flyers yang secara terus untuk segala sumbangan ke alamat, talian atau akaun badan2 yang memerlukan sumbangan. Cerita2 di destinasi yang dituju juga boleh dijadikan pengetahuan am jika lu orang rasa nak pegi tempat tu satu hari nanti.

Selain itu turut disertakan 2 sesi temubual bersama individu2 yang agak punya nama dalam scene masing2 iaitu Nizang owner kepada Nervous Records, sebuah label punk tanahair berkenaan diri beliau dan juga seorang lagi pengembara wanita dari negara kita yang agak gila2 menguasai dunia permotoran untuk aktiviti menjelajah dunia. Beliau ialah Anita Yusof. Sila google dua nama ini untuk lebih detail. Kalau malas, order saja zine ini.

Juga diselitkan artikel beberapa pemuzik antarabangsa yang pada gua antara mereka2 yang mempengaruhi editor dari konteks pendengaran muzik beliau barangkali. Kalau salah tanggapan gua, boleh jadi kerana mereka2 ini unik. Abbath, Nergal dan Satyr.

Beberapa artikel lain dan ulasan album ada juga walaupun tak banyak. Mungkin untuk keluaran akan datang ianya akan lebih padat dan tebal mukasuratnya. Pada gua, Pedal to the Metal adalah satu bahan bacaan yang santai.. untuk issue pertama tidak terlalu tebal. Untuk manusia sibuk seperti gua, 2 hari gua curi masa untuk baca walaupon ianya sebenarnya boleh di habis baca hanya dalam masa kurang dari 1 jam.

Untuk urusan pembelian sila hubungi email faithcraftproductions@yahoo.com atau wassap (019-2281979) Harga RM10 (termasuk pos Semenanjung Malaysia) atau RM12 (Borneo).

Facebook
Facebook page

1 thought on “Pedal to the Metal Zine (Issue #1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected