One Morning Left- Metalcore Superstars [2016]

0


Band      : ONE MORNING LEFT
Album   : METALCORE SUPERSTARS (Jan 2016)
Label     : Imminence/Inverse
Country : Finland

    Mika Lahti – vocals
    Ari Levola – guitar
    Niko Hyttinen – drums
    Leevi Luoto – guitar and clean vocals
    Veli-Matti Kananen – keyboards and bass guitar

Bermula dengan track pertama berjudul OML KVLT, One Morning Left bijak merangka track yang menaikkan mood di awal list, seakan “anthem song” untuk album ni.

Berganjak ke track kedua, dimulakan dengan beat trance (or disco? Not familiar with electro music genre and terms :p), membuatkan aku teringat akan band Attack, Attack! yang popular dengan trend “crabcore” satu ketika dahulu. ¡Derailed! yang menyusul selepasnya juga menerapkan element yang sama. Dan aku taktau kenapa tajuknya dieja begitu.



Track keempat berjudul You’re Dead! Lets Disco! juga disertakan dengan video clip. Breakdown yang diselitkan bunyi recorder (yes recorder yang kita belajar masa sekolah rendah KBSR) tu agak menarik la. Aku macam ada suka tak suka lagi ni taktau kenapa. Maybe sebab tak suka tapi melekat dalam kepala.

The Recipe dan Kings and Queens masing masing mengisi track ke 5 dan ke 6. The Recipe masih dengan mood yang sama dan setelah berkali kali khatam ulang dengar seluruh album ini (sebab kena review..kahkahkah), Kings and Queens merupakan satu satu nya track yang paling aku gemar dari kugiran ni. Obviously aku rasa sebab melody chorus dia.

Track paling pendek, Fast & Furious 6.66. Permulaan lagu dengan pukulan drum yang pantas yang hanya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada element eletronic di pertengahan lagu. Lagu pendek yang agak solid bagi aku.

Devil’s Nest yang berada di track ke 8 pula kedengaran seperti mood mood metal padang pasir (? main taram jaaa), tak keseluruhan lah, ada bunyi bunyi sikit.

Metalcore Superstars merupakan juga judul track kesembilan dalam tracklist ini, mempunyai arrangement yang baik. Dan aku rasa lagu ini lagi better dipromosikan dalam bentuk video clip berbanding track ke-empat tadi.

Backtrack yang digunakan dalam track ke 10 berjudul Eternity ini membuatkan kedengaran seperti gothcore(?) (ex: I Am Ghost, Aiden). Breakdown dalam track ini boleh tahan moshing jugak. Menyusul kemudian sebagai penutup keseluruhan album, Sticks and Stones menyajikan mood “last song” yang di akhiri dengan piano dan vokal wanita.

Keseluruhannya album ini pada pendapat aku, tak ada yang outstandingnya. Mediocre dan generic. Aku teringin nak cerita mesej yang terdapat dalam lagu lagu mereka ini, tapi aku tak jumpa lirik. But mostly aku dengar macam “lets party, lets have fun till you die, bitches!” kehkehkeh. Apa apa pun kedengaran seperti the whole band betul betul happy doing this record. Well, party-metal..so they need to be happy doing this! Manakala electronic sampler mereka pasti menarik peminat peminat yang suka akan band band seperti The Devil Wears Prada, Attack Attack, Abandon All Ships, I Explode Like dan seangkatan. So check ’em out!

Layari:

Facebook
Twitter
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected