Odious Mortem – Synesthesia [Full Length, 2020]

0

Apabila saya melihat presskit menyatakan Odious Mortem bermain Tech Death Metal, belum apa-apa lagi saya dah cop ‘oh entah-entah klon Origin tak pun Necrophagist’ berdasarkan knowledge Tech Death saya yang limited.
Sekali bila dah dengar seround dua, saya jadi syok pula. Memang technical, catchy pulak tu, dan kualitinya yang sedikit rabak dan tak overproduced buat saya jadi obses nak dengar lagi. Saya memang pantang sikit dengar sound modern yang terlalu sterile dan clean.
Synesthesia menampilkan dual guitar attack dengan paluan dram yang menggila, tak dilupakan menayang skill solo bergulung. Riff yang jelas dan headbang-able menjadikan album ini enjoyable. Disebabkan kualiti yang tak berapa polished, vokal terasa terkebelakang sedikit (kalau tidak sebaris dengan gitar) namun saya boleh mendengar suara berkahak Anthony Trapani.
Saya sukakan Synesthesia, ia terasa mendengar Tech Death sekitar awal 2000 hingga 2010. Straighforward tanpa perlu berharap kepada build-up yang banyak band sekarang suka employ. Odious Mortem sebaliknya terus pummel telinga anda tanpa belas kasihan dengan skill yang bukan kepalang. Pada saya, ini Tech Death yang sempoi, tak payah gimik, cukup sekadar stail permainan takde belas kasihan tapi fun didengar, bukan membangkit rasa ngeri.
Synethesia kini terdapat di pasaran, dikeluarkan oleh Willowtip Records .
#technicaldeathmetal #usdm #willowtiprecords #music #underground #synesthesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected