Norse – Ascetic [Full Length, 2021]
Duo Dissonant/Experimental Black Metal Australia bernama Norse ini baru aje mengeluarkan album terkini mereka yang berjudul Ascetic yang diterbitkan melalui Transcending Obscurity. Saya memang pernah mendegar nama dan jugak material mereka sebelum ini, namun tak berapa nak ambil pusing sebab masa tu saya tak faham apa yang mereka hidangkan. Namun Ascetic nampaknya memberikan kelainan dalam diskografi mereka.
Pertama sekali, saya mengakui muzik bawaan Norse bukan untuk semua orang, termasuklah pendengar Black Metal standard. Arrangement, structure dan execution mereka yang di luar kebiasaan. Bunyian gitar seakan ditala aneh dan dimainkan secara merayau-rayau, pulsating dan manically driven, ditambah pula dengan vokal yang kering akan buat peminat Dissonant Metal jadi naik syeikh, tapi untuk pendengar pertama kali akan jadi ‘apahal ni?’, sesuatu yang saya sendiri pun pernah lalui dengar album lama mereka. Namun Ascetic menawarkan certain parts yang bermelodik (namun sinister) sebelum kembali merenggut kewarasan anda dengan riff-riff merayau mereka yang angular, chunky dan menimpa anda bagai batu-bata.
Ini adalah kali kedua saya mendengar material Norse, dan saya perlu katakan seingat saya, ini adalah huge leap daripada material sebelum ini dengan riffs dissonant yang lebih kreatif dan kualiti rakaman yang mantap. Rasanya saya cuma mendengar EP mereka ‘Pest’ yang murky dan berkerak menjadikan saya turned off, dan kini ia adalah huge contrast dengan rakaman dan mix yang lebih mantap, diperhebat dengan songwriting lebih menggila. But still, it’s not for everyone, but you’re welcome to try Ascetic. Go crazy.
Ascetic kini terdapat dalam format CD, piting hitam dan muat turun digital.
FFO: Deathspell Omega, Ulcerate, Gorguts, Ad Nauseam