Nightwish – Endless Forms Most Beautiful (2015)

0

Ini merupakan album penuh ke-8 Nightwish, sebuah band yang membawa konsep Symphonic Metal. Album bertajuk Endless Forms Most Beautiful (2015) ini sememangnya dinantikan peminat kerana ianya menyaksikan penampilan vocalist terbaru yang pernah menganggotai After Forever dan masih bersama ReVamp iaitu Floor Jensen. Disamping itu terdapat juga penambahan line up untuk posisi flute/pipe/whistle iaitu Troy Donockley yang turut terlibat dalam rakaman live Showtime, Storytime (DVD) pada tahun lepas.

 Floor Jansen (Vocals), Tuomas Holopainen (Keyboards), Marco Hietala (Bass/Vocals), Emppu Vuorinen (Guitars), Jukka Nevalainen (Drums), Troy Donockley (Pipes/Flutes/Whistles)
Cover artwork oleh Janne & Gina Pitkänen
Tracklist :
1 –  Shudder Before The Beautiful
2 – Weak Fantasy
3 – Élan
4 – Yours Is An Empty Hope
5 – Our Decades In The Sun
6 – My Walden
7 – Endless Forms Most Beautiful
8 – Edema Ruh
9 – Alpenglow
10 – The Eyes Of Sharbat Gula
11 – The Greatest Show On Earth
Chapter I – Four Point Six
Chapter II – Life
Chapter III – The Toolmaker
Chapter IV – The Understanding
Chapter V – Sea-Worn Driftwood

Endless Forms Most Beautiful (2015) telah melalui proses rakaman di Röskö Campsite, Kitee Finland (Ogos sehingga September 2014) dan  Petrax Studios di Hollola (Oktober 2014). Tuomas Holopainen merupakan penerbit dan dibantu oleh Nightwish dan Tero “Teecee” Kinnunen. Proses engineering dan rakaman di lakukan oleh Tero “Teecee” Kinnunen dan Mikko Karmilla. Proses adunan dilakukan oleh Mikko Karmilla sepanjang Oktober sehingga December 2014 di Finnvox Studio Helsinki manakala proses mastering dilakukan oleh Mika Jusila juga di studio sama pada Januari 2015. Album ini agak “mahal” kerana menggunakan khidmat pasukan orkestra iaitu Orchestre De Grandeur, choir dari The Metro Voices (Choirmaster) dan The Children’s Choir (Young Musician London Choirmaster).

Meletakkan Shudder Before The Beautiful sebagai track pertama adalah seakan umpan kepada pendengar untuk tidak sabar untuk mendengar track2 seterusnya. Track ini punya kekuatan tersendiri dari segi kerancakkannya, kawalan vocal dengan lenggok yang sempurna dari Floor Jansen, solo berlawan antara Emppu dan Toumas dan mood track ini mengingatkan kepada kerancakkan Dark Chest of Wonders. Mood yang sama jelas boleh didengar melalui track ke 4 bertajuk Yours Is An Empty Hope. Kedua track ini cukup sesuai dibawa untuk persembahan pentas dan mampu menghangatkan suasana persembahan live itu sendiri.


Terdahulu sebuah single bertajuk Élan telah dikeluarkan yang mengandungi 4 buah track (3 daripadanya bertajuk Élan namun dalam versi berlainan). Élan turut disertakan dengan sebuah video klip rasmi. Ia nya boleh dianggap salah sebuah track yang bagus dari segi susunan music, penyampaian vocal dan sesuai untuk radio airplay.

Our Decades In The Sun, dan Edema Ruh antara track dalam mood yang agak santai. Untuk Edema Ruh gua terasa seakan ada saki baki penulisan Holopainen ketika beliau bersama For My Pain sebuah band Gothic Rock yang menghilang begitu sahaja.

Alpenglow juga sebuah track yang menarik terutama untuk chorus yang catchy. Ianya punya mood I Want My Tears Back. Mungkin juga kekuatan vocal Floor menambahperisa track ini.


Endless Forms Most Beautiful yang merupakan self-title untuk album ini turut disertakan video klip rasmi. Sebuah fast song namun agak berlainan mood nya tidak seperti Shudder Before The Beautiful dan Yours Is An Empty Hope. Kekuatan utama yang dapat gua tangkap melalui track ini ialah bahagian chorusnya yang cukup catchy. Apabila menghadam track ini berkali2 terasa seakan ingin gua ketahui adakah Floor atau Holopainen yang menghasilkan melodi vocal untuk track ini terutama bahagian chorusnya. Melodi vocal yang indah dari pre-chorus sehingga chorusnya.

The Eyes Of Sharbat Gula adalah satu2 nya track instrumental untuk album ini. Meleret juga sehingga 6 minit lebih.

Track berdurasi 24 minit sebagai penutup album ini bertajuk The Greatest Show On Earth dimana ianya terdiri dari 5 chapter dimana 3 bahagian adalah bervocal. Untuk track terpanjang ini jelas ianya track yang bagus dan punya flow yang baek dari segi komposisinya.

Secara keseluruhan gua beranggapan Endless Forms Most Beautiful (2015) adalah sebuah album yang bagus walaupun pada awalnya harapan gua sangat tinggi seperti ini antara album terbaek sepanjang kewujudan Nightwish ditambah dengan kematangan vocalist hebat Floor Jensen. Setelah mentelaah banyak kali, Floor sudah melakukan yang terbaek untuk album ini untuk bahagian vocal. Mungkin beliau akan melakukan sesuatu yang lebih baagus untuk album2 akan datang memandangkan ini rakaman pertamanya bersama Nightwish. Dari segi komposisi lagu, mungkin 7/10 adalah bintang yang gua boleh bagi untuk album ni. Paling ketara adalah chorus2 yang terhasil untuk album ini cukup catchy dan kedengaran segar. Permainan Kai Hahto juga bagus dan dapat menjiwai apa yang selalu dilakukan oleh Jukka Nevalainen. Tuomas Holopainen masih lagi seorang penulis lagu yang hebat dan Endless Forms Most Beautiful adalah 95% kerjatangan beliau.

Ok, kenali Nightwish melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini dan gua harap tahun ini ada organizer yang berani invite Nightwish ke Malaysia.

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *