News 24112023 – A.C.A.B ‘Bangun’ Showcase 2023

0
ACAB Bangun

Sempena menuju ulang tahun ke-30 mereka pada tahun 2024, A.C.A.B selaku perintis Eastern Oi! mempersembahkan Bangun Showcase 2023 untuk meraikan satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka.

Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. A.C.A.B akan memainkan set penuh daripada album Bangun yang majoritinya tidak pernah dipersembahkan secara langsung. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).

ACAB

Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal bermelodik yang digaul pekat dengan stail agresif Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. 

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live! ”

Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99.

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Ikuti A.C.A.B di:

Instagram

Tik Tok

Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected