Neftaraka – Forestkult (EP2018)
Neftaraka adalah antara pejuang Black Metal tanahair yang semakin gila dengan penghasilan karya2 yang cukup berimej “buruk dan huduh”.. Terma “buruk dan huduh” ini pasti akan dipersetujui oleh pengikut2 mereka kerana menghasilkan music Black Metal sebegini tidaklah mudah kecuali mempunyai “soul” yang kuat berkenaan konsep dan rantaian rasa dan intipati music yang cuba dihasilkan. Tiada elemen modern dan sound meletup dengan teknologi terkini namun ini lah Neftaraka. Frostkult (EP2018) adalah hasil kerja tangan terkini Neftaraka selepas Digital Blasphemy dan Revelation of Suppression diterbitkan pada 2016. Line up Neftaraka untuk released ini terdiri dari Xxxull (Vocal/Guitars), Silblyss (Bass), Azazhel (Guitars), Unknown H (Drums).
Forestkult (EP2018) merupakan rakaman lagu2 yang tidak dimasukkan didalam mana2 released dan ianya adalah rakaman lama sekitar 2013 sehingga 2016 iaitu tempohmasa Necro-X Studio masih beroperasi (Necro-X Studio sudah tidak beroperasi). EP ini turut memuatkan sebuah cover song dari As Sahar iaitu Stroll In Kafan dimana untuk track ini, vocalist asal As Sahar iaitu One Barchiel sendiri menyanyikannya. Kesemua track melalui proses re-mastered oleh Sound In Necro (s.I.n) dan Amergeddon.
3 track berdurasi panjang sebenarnya sudah cukup untuk menelan hasil karya Neftaraka kali ini. Bonus track bersama One Barchiel untuk track Stroll In Kafan membuktikan Neftaraka adalah jenisan Black Metal yang buas dan tidak bertamadun. Untuk 3 track awal, seperti yang gua nyatakan diawal entry, ianya adalah trademark Neftaraka (jika anda benar2 dapat rasa dan faham intipati music Neftaraka) yang benar2 menghasilkan lagu2 yang penuh feel “buruk” dan “huduh”.. Bukan mudah untuk menghasilkan karya sebegini untuk kesekian kalinya dalam penciptaan material sendiri. Ini adalah Neftaraka dan itu adalah intipati music mereka. Tidak bersih, tidak terlalu raw namun sangat beridentiti dan punya “soul” yang tersendiri. Orthodox dan primitif!
Ok, Forestkult (EP2018) yang dikeluarkan dalam format cassette/tape ini sebenarnya sudah sold out dari label Goatloardth Records kerana ianya hanya dikeluarkan secara limited edition 100 copies sahaja. Terdapat beberapa label yang mendistrokan EP ini. Sila rajinkan diri gugel label2 tersebut. Berita baek kepada mereka yang terlepas memiliki 1st press EP ini, difahamkan ianya bakal dikeluarkan semula oleh sebuah label dari Eropah. Collector atau pengikut Neftaraka adalah disarankan mendapatkan material ini.
Goatlorth Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp