Necrotic Chaos – Chaos Legion (2018)
Chaos Legion (2018) sememangnya adalah antara produk yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan metalhead tempatan. 13 tahun tanpa material terbaru selepas Black As The Insect (EP 2005) dan jika dikira album kedua ini lahir selepas Regime Grotesque dilahirkan pada 2003. Necrotic Chaos merupakan antara veteren Ipoh yang memperjuangkan irama Death Metal tegar sejak dari awal penubuhan lagi. Chaos legion secara rasminya dikeluarkan pada 28 July 2018 bersempena live show The Gathering yang menggabungkan beberapa band tempatan seperti Nebiras, Langsuir, Cryptic Malediction, Tasyim dan Necrotic Chaos sendiri. Legion Music merupakan label yang bertanggungjawap dalam pengeluaran album kedua ini.
Chaos Legion (2018) melalui proses rakaman di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur oleh Tom Bollocks. Proses mix dan mastering di lakukan oleh Januaryo Hardy di Insidious Soundlab, Bekasi Indonesia.
Chaos Legion boleh gua gambarkan sebagai produk terbaek dari Necrotic Chaos dari segi sound produksi, pakej akhir CD dan punya flow yang baek dalam setiap track yang terakam. Ok, secara keseluruhan Chaos Legion menampilkan beberapa seleksi lagu yang pernah dirakam dahulu, beberapa track baru dan juga sebuah lagu di era Glottis. Namun kesemua 9 tracks yang terkandung didalam Chaos Legion menjalani rakaman semula dengan kualiti bunyi yang lebih bagus. Track pertama bertajuk Dead Man Walking sebenarnya pernah dikeluarkan dalam kompilasi Hellbangers Dominion keluaran Eternia Records pada 2008. Forth Abbatoir yang pernah dikeluarkan dalam kompilasi Ipoh’s metal Militant Supremacist (1998) adalah antara track terawal yang terkandung didalam demo self-title Necrotic Chaos pada 1992. Bersama Forth Abbatoir, turut dirakam kembali Redemption With Fate yang merupakan lagu era Glottis. 5 buah tracks yang boleh dikatakan baru dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini adalah Envy of the Leeches, From Bones to Dust, Legion of Chaos, Haunting Returns dan Worms.
Untuk menulis review ini, gua terpaksa mentelaah kembali Regime Grotesque dan Black As The Insect. Lama jugak dua material tersebut terperam sebelum Chaos Legion dikeluarkan. hahaha.. Ok, Chaos Legion pada gua merupakan album yang lebih “tenang” dan “terkawal” jika dibandingkan dengan 2 keluaran rasmi Necrotic Chaos yang gua sebutkan diatas. Album ini lebih mudah dihadam dan mudah melekat dikepala beberapa riff gitarnya dan gua andaikan Wira selaku pemain drum tidak perlu terlalu bertungkus lumus seperti EP dan album pertama dahulu.
Dari segi sound produksi, diakui ini adalah produk Necrotic Chaos yang paling meletup hasil akhir bunyiannya jika dibandingkan dengan rakaman2 terdahulu. Setiap instruments jelas dan boleh didengari dengan penuh keseimbangan. Hasil kerjatangan Tom Bollocks dan mastering dari Indonesia ternyata memberi impak yang bagus dan punya feel sepertimana mendengar material2 Death Metal dari band2 Indonesia. Kepuasan kepada gegendang telinga yang cerewet seperti gua!
Setakat penulisan ini, Chaos Legion hanya dikeluarkan dalam format digipak CD dan boleh diperolehi dengan harga RM40 byhand. Sila hubungi Legion Music yang merupakan label rasmi dalam hal ehwal pengeluaran CD ini. Pendokong Death Metal, wajar menjadikan Chaos Legion sebagai ramuan dalam santapan anda seharian!
Legion Music
Facebook