Mu-aru – Serpentine Terror (EP2017)
Secara mukadimahnya Mu-aru merupakan antara band beraliran Black Metal yang membawa konsep Nusantara Melayu. Ditubuhkan sekitar 2011, menghasilkan sebuah demo berjudul Evil Sadistic Mythology pada 2013 dan terkini dibawah Gedebe Records, Mu-aru tampil dengan sebuah material yang dikeluarkan dalam format kaset berjudul Serpentine Terror (EP2017).
Jika dilihat Serpentine Terror (EP2017) merupakan material yang menggabung 2 lagu baru iaitu Serpentine Terror dan The Cursed One yang melalui proses rakaman di Depoh Bencana, Muar sekitar November 2016. Annas Adnan bertanggungjawap sebagai sound engineer rakaman ini. Manakala 3 track selepas itu adalah track yang diambil dari demo “Evil Sadistic Methology” dimana ianya melalui proses mix dan mastering semula oleh Adlan Voidnaga.
Track pertama Serpentine Terror yang diambil sebagai tajuk EP ini adalah antara rakaman material terbaru dari Mu-aru bersama track kedua. Persepsi pertama mendengar track ini ianya lebih kepada pembawaan genre tunjang Black Metal yang disulami riffing2 Thrash Metal yang agak melodic. Untuk track ini ianya tidak terlalu agresif dan berada dalam tempo sederhana laju.
The Cursed One yang merupakan juga track terbaru Mu-aru agak agresif dari hentaman tunjang drum dan riffing berlainan untuk stereo side menampakkan Mu-aru punya idea yang pelbagai dalam proses komposisi material2 mereka. Ini adalah track yang agak panjang menghampiri 6 minit dan punya banyak part sepanjang track ini dimainkan.
Returning Vengeance, The Time Will Come dan Puaka Mythology adalah track yang melalui proses mixdan mastering semula oleh Adlan Voidnaga dimana ketiga2 track boleh di dapati dari demo pertama Evil Sadistic Mythology (2003).
Gua membuat kesimpulan music Mu-aru adalah lebih kepada percampuran elemen Thrash dan Death Metal yang melodic dan mencetus ke arah Black Metal. Elemen Nusantara Metal mungkin boleh dirasai melalui beberapa riffing untuk setiap track. Feel Nusantara Metal ala2 As-Sahar juga boleh dirasai dan mungkin juga band2 berpaksi Eastern Metal sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada minat dan penubuhan dan music direction Mu-aru. Jika dilihat pada laman sesawang line up Mu-aru, jelas sekali Desaster (Germany) antara pujaan mereka dan gua tidak dapat menolak pengaruh Desaster turut mempengaruhi konsep dan penulisan material2 Mu-aru.
Dari segi sound produksi, Serpentine Terror sepatutnya masih boleh di upgrade sound akhirnya. Sound gitar mungkin boleh di”asah” lagi agar lebih keras dan tajam selaras dengan konsep yang dibawa.Mungkin untuk ketika ini Mu-aru dalam proses penulisan material2 terbaru dan diharap untuk release akan datang, faktor sound produksi boleh di pertingkatkan lagi.
Serpentine Terror (EP2017) dikhabarkan telah sold out dari label pengeluar Gedebe Rekords. Anda mungkin perlu bekerja keras dan tangkaskan penglihatan jika masih ada saki baki copies untuk anda dari label2 yang mendistrokan kaset ini. Kenali Mu-aru melalui laman sesawang facebook mereka yang kami sediakan dibawah video live mereka ketika mamatfest 2016 dahulu.