Mist of Misery – Absence (Full Length, 2016)

0
Terbitan penuh kedua Mist of Misery dari Sweden ini merubah pandangan saya terhadap DSBM (bukan BDSM ya!). Band-band BDSM secara tipikalnya berbunyi seperti Burzum rip-off dengan kualiti bedroom recording, sedikit atau hampir tiada dinamik dan vokal terlolong yang sangat menjengkelkan (Happy Days sebagai contoh). Mist of Misery sebaliknya lebih bersih dan lebih in-depth gaya muziknya, dan boleh digolongkan dalam band DSBM yang lebih thoughtful (dan teratur) seperti Thy Light dan Woods of Desolation (walaupun album As The Stars… sangat buruk). Elemen simfonik begitu indah dijalin dengan gaya Black Metal suicidal, menghasilkan album DSBM yang catchy (mungkin istilah yang salah, but whatever).


1. Melancholic Thoughts
2. Euthanasia
3. Absence
4. Final Departure
5. Epitaph of Penitence
6. Wistful Twilight
7. Paragon of Perdition
8. Mist of Misery
9. Serenity in Nothingness
Absence adalah satu usaha yang menggabungkan simfonik dengan DSBM dan Mist of Misery boleh dikatakan membawa gabungan ini dengan berjaya. Pada saya, elemen simfonik dan ambient adalah pancingan untuk pendengar terus leka layan sampai ke trek terakhir selain memainkan variasi dalam dinamik album. Terdapat banyak selingan instrumental di antara full track yang macam bagi kejap rage dengan rasa kecewa, kemudian slow down untuk rasa sedih meruntun sebelum kembali naik marah dengan diri sendiri.

Saya memuji kepelbagaian instrumen dalam album penuh ini, bukan hanya standard gitar elektrik dan dram. Keyboard memainkan peranan besar dalam meletakkan mood depresif, selain kehadiran gitar akustik di sana-sini. Saya mengesyaki dram adalah diprogram, kalau diadili dari segi tone, tapi saya kira tak apalah memandangkan ia tidak berapa menonjol (tapi lebih baik kalau gunakan pemain dram sebenar kan?).

DSBM gaya Mist of Misery menghapuskan standard DSBM yang selalunya draggy, melepet, terlolong dan annoying, sebaliknya menarik pendengar dibayangi rasa hopelessness tetapi pada masa yang sama indah seolah-olah harapan masih ada mengintai, menjadikan keluaran ini enjoyable… tetapi masih buat anda rasa nak bersedih sorang-sorang dalam bilik. Adakah ia somehow meromantikkan depression? Saya tak tahu, terpulang kepada pendengaran anda. Pada saya ia epik dan depressive.

Dari segi feel dan lirik, Absence sememangnya benar kepada apa yang didakwa. Segala rasa kecewa, tekanan, putus asa, dan pessimistic menjadi paksi kepada album ini. Dan elemen sebegini melengkapi matlamat Absence selaku terbitan DSBM. Cukup cold, melancholic dan depressive.

Untuk peminat: old Dimmu Borgir (sehingga Stormblast), Thy Light, Woods of Desolation.

Absence telah terbit pada Ogos 2016 melalui Black Lion Records.
Pesan Absence di sini.

Ikuti Mist of Misery di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected