MIM – Arakian [Full Length, 2023]

1
MIM Arakian

This is probably one of the easiest review I’ve written for this year. I have heard the hype about MIM, sebuah band Experimental Post-Rock Kuala Lumpur yang album kedua mereka ini membawa ‘sesuatu’ la. Safe to say, saya tak kecewa la sebab saya pun takde letak high expectation (walaupun boleh tahan rancak promosi mereka yang bagai nak gila di media sosial) and it’s pretty good, honestly. Arakian dikeluarkan sendiri oleh MIM pada September 2023.

Arakian adalah album penuh dengan 10 trek yang ambitious serta determined untuk membawa anda satu emotional journey seakan naik roller coaster dengan 10 loop yang death defying. At the end of the album, Arakian meninggalkan saya dengan perasaan hening; unexplainable dan picking myself up from pieces. Arakian adalah satu tanda aras personal MIM kepada pendengar yang nak beritahu mereka bukan setakat mampu bermain muzik, tetapi juga bermain dengan perasaan anda. Top notch playing dengan song crafting yang bukan sebarang merentap jiwa; dari rasa confused, marah, hiba kepada rasa insaf yang creep in secara tak sedar. Hence, the feeling of, how do I put this… maybe ‘what the fuck just happened’ kinda way.

Arakian adalah satu tanda aras personal MIM kepada pendengar yang nak beritahu mereka bukan setakat mampu bermain muzik, tetapi juga bermain dengan perasaan anda.

Trek pembuka Prahara cukup ramuannya; daripada permainan piano yang somber, kepada standard build-up Post-Rock dan surprisingly, kehadiran vokalis yang membentangkan feel sayu. It feels like terbangun jam 3 pagi and suddenly questioning life out of nowhere. Beremosi ya, trek nombor satu dah cukup heavy, dah la makan hampir 10 minit. Trek kedua Syahmat menampilkan Kamal Sabran (Space Gambus Experiment) yang dotted with electronic pieces. Sedikit demented, sedikit rasa fever dream, pretty good but seems small compared to Prahara.

It feels like terbangun jam 3 pagi and suddenly questioning life out of nowhere.

Trek Jagat pula terdengar try hard nak menjadi deep dan puitis ala M Nasir. Overall trek berbunyi seperti produk Luncai Emas, which I feel like macam impostor dan vokal tidak impressive seperti Prahara. Trek Gasar pula menampilkan DJ Uno (Pop Shuvit) yang kabur antara Hip-hop dan Post Rock/Metal yang seriously agak threatening melalui bass yang distorted, dram yang bising dan busy dan permainan gitar mengingatkan saya kepada Les Discrets dan Alcest (minus the Blackgaze elements obviously). It’s just one of the many experimental tracks dalam Arakian yang saya suka.

Trek Gasar pula menampilkan DJ Uno (Pop Shuvit) yang kabur antara Hip-hop dan Post Rock/Metal yang seriously agak threatening melalui bass yang distorted, dram yang bising dan busy dan permainan gitar mengingatkan saya kepada Les Discrets dan Alcest.

Trek Hamra pula crossover kepada dimensi muzik lain yang menjurus kepada Folk/Eastern Metal secara majoritinya. Dimulakan dengan petikan gambus yang brooding, disertai dengan gitar yang chugging layered bersama percussion yang agresif seakan menceritakan watak membuka gelanggang silat, tapi sebenarnya merencana pertempuran between light and darkness. And shit gets intense and the song goes on. Apa yang interesting, Hamra seakan diangkat atau diinspirasi (secara kebetulan kot) stail Cryptic Malediction era Embedded in Blood. Dengarkan sahaja riff-riff yang menginspirasi pertempuran, paluan pedal berkembar dan sentuhan muzik Nusantara. Sick shit. So sick that the next track, Rentaka is forgettable.

Hamra seakan diangkat atau diinspirasi (secara kebetulan kot) stail Cryptic Malediction era Embedded in Blood.

Bah menyusul dengan feel cinematic dan build-up intense ala God is an Astronaut. Ia sebuah trek yang mostly bertumpu kepada klimaks yang diiringi glorious synth dan permainan percussion. Dinihari is just an okay track dengan nyanyian yang berbunyi awkward di beberapa bahagian tapi overallnya masih menarik, if without the vocals. Masyhgul pula bermain dengan duality of personality dengan separuh pertama bermain selamat melalui style Post-Rock bervokal (which I feel unnecessary) kemudian almost instantly bertukar tempo kepada Modern Rock yang poyo (juga unnecessary) membuatkan saya rasa sedikit jengkel. Arakian ditamatkan dengan feel yang happy melalui Gelora. Barangkali lepas dah naik-turun toying with our emotions, akhirnya album ini selesai dengan trek yang hopeful dan peaceful. Whatever they’re looking in this album, this is it. This is the end of it. Tenang, tiada konflik. Might not be a graceful ending but still a decent ending.

Arakian adalah curahan emosi yang diperam lama oleh MIM dan agaknya dah melalui beberapa kali versi dan form (tulis buang tulis repeat).

Jadi bagaimana saya nak simpulkan Arakian dalam perenggan terakhir ini? It’s a decent album, sebenarnya album yang berpotensi dengan several strong tracks tetapi direncat dengan beberapa trek yang out of place dan unnecessary. Barangkali nak menjadi experimental (which is fine) tapi they probably went too far menjadikan some of the end result agak distracting. In fact saya rekomen untuk take out beberapa trek yang distracting ini dan cut playtime mereka kepada lingkungan 30-40 minit and it should be a perfect release. Arakian adalah curahan emosi yang diperam lama oleh MIM dan agaknya dah melalui beberapa kali versi dan form (tulis buang tulis repeat). This one is might their best output so far, but it’s not perfect. I’d like to recommend Arakian to everyone, if you’re ready for the emotional ride.

Arakian kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Te’, Dirgahayu, Envy, Pink Floyd

Ikuti MIM di:

Instagram

YouTube

1 thought on “MIM – Arakian [Full Length, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected