Metallica – Hardwired…To Self-Destruct (2016)

0

Secara peribadi gua antara pengemar Metallica zaman sekolah dulu. hahahaha.. Tak tipu tapi 4 album awal cuma di dengar ketika “black” album menyusul. Ketika tu gua dah sekolah menengah. Ok stop! Hardwired…To Self-Destruct (2016) yang merupakan album studio ke 11 Metallica yang mana ianya release pada 18 November 2016.

 Cover artwork oleh Turner Duckworth
Tracklist :
DISC 1

1 – Hardwired
2 – Atlas, Rise!
3 – Now That We’re Dead
4 – Moth into Flame
5 – Dream No More
6 – Halo on Fire

DISC 2

1 – Confusion
2 – ManUNkind
3 – Here Comes Revenge
4 – Am I Savage?
5 – Murder One
6 – Spit Out the Bone

Hardwired…To Self-Destruct (2016) melalui proses rakaman di HQ, San Rafael, CA sekitar May sehingga Ogos 2016 dibawah seliaan Greg Fidelman yang turut bertanggungjawap dalam proses mixing disamping bantuan rakaman oleh Mike Gillies, Sara Lyn Killion dan Ken Matcke selaku pembantu engineer. Proses digital editing dilakukan oleh Dan Monti, Jim Monti dan Jason Gossman. Proses mastering dilakukan oleh Dave Collins di Dave Collins Mastering, Los Angeles, CA.

8 tahun selepas Death Magnetic boleh dikira satu jangkamasa panjang untuk Metallica menghasilkan album baru walaupun Lord of Summer yang merupakan lagu baru yang dikeluarkan sebagai single pada 2014. Hardwired…To Self-Destruct (2016) merupakan album yang punya lagu berdurasi panjang antara menghampiri 6 minit sehingga 8 minit lebih kecuali track pertama berjudul Hardwired yang berdurasi 3 minit 9 saat sahaja.

So bagaimana persepsi anda selepas mendengar album tanpa perahan otak Kirk Hammert selain solo2 yang mampu disumbangkannya setelah phone yang sarat riffing ciptaannya hilang?

Metallica – Hardwired (Official Music Video)

Setelah berbulan menghadam album yang didatangi bersama music video untuk kesemua track terkandung, secara peribadi gua berpendapat Hardwired…To Self-Destruct mampu menghilangkan sedikit keresahan jutaan peminat Metallica yang dahagakan penangan Heavy/Thrash Metal buatan Metallica. Kelainan tetap ada dalam album ini dan seingat gua pada awal single Hardwired release, ramai yang agak terkejut dengan tone pedal drum Lar Ulrich. Gua cuba dengar melalui beberapa medium seperti speaker hifi dan headphone berjenama untuk dapatkan keterperincian sound atau tone tersebut. Selain itu rasanya tiada perkara pelik mengenai hasil rakaman kali ini. Tiada lagi komplen berkenaan tone snare Lar Ulrich. Hahaha.. Album ini ada kualiti dari segi sound produksi dan sememangnya ianya diteliti dengan cukup terperinci untuk perkara ini.

Metallica – ManUNkind (Official Music Video)
* apahal gua tengok music video ni lain macam ntah..hahaha – ed

Dari segi penciptaan lagu, rata2 masih mengekalkan sound dan trademark Metallica dan gua rasa komposisi lagu juga lebih teliti. Mungkin keempat-empat line up ini mahukan hasil kali ini memuaskan hati dan telinga para peminat mereka seluruh dunia. Hardwired selaku pembuka tirai sebuah fast track yang berada dalam gugusan Heavy/Thrash Metal namun Spit Out the Bone pasti menjadi pujaan peminat Metallica yang gemarkan fast song dari era awal penubuhan lagi. Ok, gua pun salute sama Lar Ulrich sebab masih mampu membanting tulang untuk fast song segila Spit Out the Bone walaupun sudah berusia hampir sama bapak2 kita yang hampir menunggu pencen kerja untuk duduk dirumah saja. hahaha.. Paling mengejutkan dan rasanya sukar dihadam serta teringin juga nak tengok diorang main live adalah track bertajuk ManUNkind yang 90% struktur komposisinya adalah offbeat dan bukan mengikut formasi normal 4X4. Adakah bahana berkongsi stage yang sama dengan Meshuggah barangkali? Hahahaha.. Gua rasa track ini tidak berapa digemari pendengar2 mainstream Metallica tapi disukai pemuzik2 hardcore Metallica untuk cuba2 jamming di studio.

Ok, gua memilih Atlas, Rise!, Moth into Flame, ManUNkind, Spit Out the Bone sebagai antara track pilihan dari album ini.

Metallica – Spit Out the Bone (Official Music Video)

Gua malas nak sertakan banyak2 music video album ini sebab ada 12 semuanya hahaha dan sekadar suggest korang semua klik SINI untuk laman youtube Metallica.

Segala update terkini berkenaan Metalica boleh cek laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Official Homepage (Metallica & Blackened Recordings)
Facebook
Twitter
Youtube
Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *