Merenggah – Dogma Resurrection (EP 2014)

0

Bermula dengan nama Dogma Resurrection, band dari Perlis Indera Kayangan ini menukar nama kepada Merenggah apabila beralih dari Progressive Metal kepada genre yang lebih pening calculationnya iaitu Progressive/Djent/Math Metal. Namun untuk EP bertajuk Dogma Resurrection yang mengandungi 4 buah lagu ini ianya merupakan lagu2 lama yang diberi nafas baru dan mereka menjanjikan music yang lebih kearah Meshuggah, Animal As Leader untuk material akan datang.

 Mail Beruang – Vocal
Syakir – Guitar / Backing Vocal
Yusri- Bass
Bau – Drummer

Cover artwork/design oleh Syakir
Tracklist :
1 – The Lies That Make You Suffer
2 – Dogma
3 – Failure Redemption
4 – Falling Into Insanity

Dogma Resurrection menjalani proses rakaman di Trivia Studio Dataran Mentari Sunway, Petaling Jaya sekitar penghujung 2013.

The Lies That Make You Suffer menjadi taruhan pertama Merenggah dimana untuk permulaan sahaja sudah jelas kedengaran dominasi gitar dan drum yang agak menonjol diantara stroke dan riffing. Agak panjang menunggu sehingga hampir 2 minit untuk mendengar growl dari vocalist dan clean vocal di chorus lagu. Solo gitar memang mencabar kewibawaan sehingga gua seakan terhidu pengaruh riffing Pantera bercampur Dream Theater untuk riffing selepas solo gitar tersebut.

Dogma masih seakan mood track pertama namun perubahan tempo diantara riffing pertama dan kedua dapat juga gua hidu. Kombinasi pengaruh Pantera, Dream Theater dan Fear Factory dapat gua hidu sepanjang verse awal track ini. Pertengahan track boleh diteliti mood lagu dimainkan berselang seli antara perlahan dan laju mood nya. Solo gitar yang bermain arpeggio yang laju dimainkan sebelum verse asal menjelma untuk mengakhiri track ini dengan riffing yang sedikit odd signature.

Failure Redemption merupakan track paling panjang durasinya. Pada gua track ini punya flow paling cantek dengan susunan riffing yang menjadi. Masih kuat pengaruh Progressive Metal ala Dream Theater untuk riffing gitar dan percampuran grind dari drummer dalam mood yang berlainan (part ni gua susah nak explain, lu orang cuba lah dengar dari CD ni nanti). Selepas 2 minit lebih vocal muncul dengan sedikit clean vocal dan disusuli growl yang kental. Percubaan riffing bersahaja dan teknik grind dari drummer nampak seakan janggal namun masih teratur dari segi temponya. Part paling feel pada gua ialah solo gitar yang punya pengaruh jazz dan progressive yang boleh melalaikan jika anda benar2 menghayatinya. Hahaha gua rasa macam layan music dari kelab malam plak masa part solo lagu ni. Hahaha. Memang penuh jiwa!

Falling Into Insanity bermula dengan tempo yang mendatar sebelum bertukar tempo kepada lebih padat apabila vocalist mula meluahkan amarahnya. Ada sedikit pengaruh Fear Factory untuk riffing polyrhythm. Mungkin agak keras sedikit track ini pada verse nya. Solo gitar seperti biasa berjaya menambah perisa track ini.

Untuk sound produksi gua rasa Merenggah sudah menghasilkan sesuatu yang sudah cukup membanggakan. Sound overall terkawal dan seimbang. Walaupun kedengaran agak digital tapi masih kena dengan konsep band ini yang mempertaruhkan konsep teknikal yang bukan calang2 untuk dimainkan. Walaupun terkini Merenggah menyatakan mereka telah berkiblatkan music Meshuggah dan Animal As Leader, namun untuk EP ini gua lebih dapat menghidu pengaruh Dream Theater dan Fear Factory jika keduanya digabungkan. Sukar untuk menyatakan bagaimana sound EP ini kerana kadangkala terasa seakan mendengar Rob Zombie pun ada dibeberapa bahagian lagu namun ia bukan pengaruh besar untuk EP ini. Dan gua dengar banyak kali dan banyak benar unsur2 jazz diselitkan terutama dari solo2 gitar.

Untuk EP ini jelas sekali keempat2 line up memainkan peranan penting didalam permainan instrument masing2 termasuk growl power dari vocalist band. Gua memilih track ketiga bertajuk Failure Redemption sebagai track pilihan dan gua rasa sikit syahdu untuk part perlahan beserta solo gitar ala2 Dream Theater. Keseluruhan EP ini gua beranggapan Merenggah menampilkan apa itu music “berisi” yang didistortionkan. Mungkin untuk material akan datang Merenggah akan lebih mengganas lagi dalam penulisan lagu2 terbaru nanti. Itu yang gua harapkan.

Ok, dapatkan Dogma Resurrection (EP 2014) dengan harga RM10 by hand dan RM16 by postage dengan menghubungi laman facebook band ini melalui link dibawah preview video ini.

Merenggah – Failure Redemption


Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected