Mengasimilasikan Muzik Korea kepada Gaya Tempatan: Satu Pandangan Ikhlas

2
Hai, rasanya seru untuk gua menulis panjang-panjang dah sampai balik nih. *Pasang Altar of Plagues untuk bangkitkan semangat*
Lu nak cite pasal apa bro?

Korea Pop atau lebih manja dipanggil K-Pop adalah salah satu daripada cabang muzik pop. K Pop ni macam kebanyakan lu orang tau, adalah muzik Pop yang berasal dari Korea (Selatan rasanya, tatau pulak kalau Korea Utara pun ada,well~). K Pop secara amnya adalah muzik pop (yang bercampur-baur dengan muzik lain seperti hip-hop, rock, R&B dan macam-macam lagi) yang berpaksi kepada bahasa Korea, hence the name. Jadinya, kalau lagu tu bunyi macam muzik pop tetapi dinyanyikan dalam bahasa Korea, most probably ia adalah K Pop. Jadi, bolehlah disimpulkan bahawa K Pop mestilah dibawa dalam Bahasa Korea, bukan bahasa lain. Itu adalah kesimpulan mudah yang even budak darjah enam pun faham. K Pop adalah sebahagian daripada fenomena Hallyu(atau dalam bahasa Melayu, Gelombang Korea) yang pada gua datang bersama-sama dengan demam drama Korea dan barangkali dengan Korean BBQ sekali.

Okay gua paham pasal definisi K-Pop tu, dah tu?

Jadinya Gelombang Korea ni telah tersebar ke seluruh dunia, dari jalanan di Seoul, ke kawasan urban Rio de Janeiro hinggalah ke kawasan perumahan kos sederhana di Kuala Lumpur. Hampir semua orang sukakan K-Pop (mungkin ya, gua cakap MUNGKIN), jadi memang wujudlah niche market untuk golongan pecinta K-Pop ni yang gemar menyanyikan bait-bait lagu K Pop dari err..Super Junior atau Shinee ke dan jugak berlatih crab dance ala Girls’ Generation. Ada jugak gemar berfesyen ikut artis-artis K-Pop ni dari gaya berpakaian hinggalah ke gaya rambut (abang jual durian pun ada buat rambut ala Korea oi). Itu belum kira yang duk terkial-kial cakap Korea walaupun sekadar melaungkan Hwaiting! bila memberi semangat kepada teman-teman ataupun sekadar Annyeonghaseyo. Ok ah takpe ah kan, sebab kita ni rata-rata akan ceduk sikit sana-sini budaya orang. CEDUK SIKIT ITU TAK MENGAPA.

Lu ada issue dengan K-Pop ke?

Tapi gua macam ralat sikitlah dengan fenomena yang ceduk-menceduk kat Malaysia ni. Kebelakangan ni macam satu trend pulak K-Pop ni dah jadi kegilaan, okay itu takpa lagi. Tapi bila keluar kumpulan-kumpulan tempatan…ok wait for it…yang nak jadi K-Pop jugak dan pretend diorang pun dari sana, itu namanya dah jadi krisis identiti. OK ah bawak Korean look tak boleh nak cakap apa ah kan, pasal ramai jugak orang Malaysia ni nak jadi East Coast Blacks, tak kurang jugak nak jadi Maher Zain, lu tahu tak itu adalah FINE.Tapi bila lu dengan rasa bangganya memanggil muzik bawaan lu tu K-Pop itu namanya lu dah selangkah menjadikan diri lu sebagai bahan ketawa masyarakat, dan barangkali DUNIA. Gua jadi macam ‘apa senggamanya ni oi’ bila lu label group lu K-Pop bila obviously lu orang memang tak reti berbahasa Korea pun! K-Pop bukan K-Pop bila lu menyanyi dalam bahasa Melayu diselang dengan korus berbahasa Inggeris. Sekarang lu cakap, apa yang Koreanya?! Yang tinggal hanyalah imej yang diceduk dari artis-artis Korea! Itupun tak boleh menjadikan lu K-Pop, si pandir! Tempeklah mekap tebal 7 inci, lu tetap berkulit sawo matang! Pakailah skirt sependek 2 inci dari seluar dalam pun, takde gaya Korea pun! Itu belum sebut peha setebal ukur lilit pokok baobab! Jadi mana natijahnya menggelar lu orang group Malaysian K-Pop? Bila semua nilai Korean tu (save for the horribly copied & stripped down look) tu dah takde, apa boleh panggil K-Pop? Pada gua TIADA. Jadi mereka-mereka ini dah jadi macam Pop biasa, jadi apa salahnya panggil saja Pop? Adakah ini sebuah percubaan untuk menumpang populariti K-Pop? Barangkali. Gua malas nak cakap ia betul ke tak sebab evidently gua bukan peminat tegar K-Pop.

Okay ada sekumpulan individu yang minat K-Pop dan buat keputusan nak buat group ala K-Pop. Lu marah ke ni?Jadi?

Jadi lu orang mungkin pernah come across FB kumpulan so called Malaysian K-Pop ni macam Max 24:7 (dah tukar nama tak?) dan juga Gula-Gula. Rakyat Malaysia secara amnya tidak menerima baik kumpulan sebegini, dan hasilnya walaupun belum release secara proper apa-apa material, mereka ini dah kena hentam dan menghasilkan haters (dan juga pembodek tak-rasmi) yang makin hari makin bertambah.Barangkali kalau mereka ni tak gelar diri mereka Malaysian K-Pop, things such as trolling,flaming takkan berlaku sehebat begini. Di-condemn dengan bertubi-tubi dan dibenci walaupun takde material!Fuuu Fred Durst pun tak kena camni punya teruk. Jadinya gua pun nak puaskan hati, gua pun usha la FB Gula-Gula dan tonton video pelancaran single mereka Aku Suka Gitu (aduh tajuk yang…lemah) dan Kongkong (Mama Juwie anybody?) dan diselit dengan lagu-lagu tersebut sebagai background music. Apparently, tidaklah K-Pop pun sebab:

-Lu orang nyanyi dalam bahasa ibunda, bukan bahasa Korea.
-Lain-lain errr malas nak komen.

Jujur gua cakap, muziknya takde la teruk. Ia masih muzik pop dan barangkali boleh dapat sambutan kalaulah tag K-Pop tu tak dilibatkan. Dari video yang gua tengok,ada gaya cam group-group wanita dari tahun 90an macam….Elite mungkin? Feminin ke Res2 ke Q-Face.Eh Q-Face bukan wanita,maaf.Tapi apasal lagu Kongkong tu ada vibe macam Genie oleh Girls’ Generation (Gua peminat tegar Girls’ Generation btw)? Jadi haters ada jugak persoal pasal isu ni. Nak tau pegi tengok sendiri ah ok.

Okay dah tengok. Ada yang tak kena ke? Gua suka je tengok diorang.

Jadi sekarang, kenapa menggunakan label K-Pop? Adakah ni sebuah percubaan untuk membuka market baru dalam industri muzik kita yang kecik ni? Mungkin. Tapi boleh jadi jugak ia dilakukan sebagai sebuah homage kepada fenomena ini. Macam tribute la jugak kan. Tapi kalau tribute selalunya buat cover kan? Tu pendapat gua ah.Tapi kalau tribute tolonglah jangan awful gila seperti Max 24:7 (yang awalnya diberi nama 24/7,tapi ditukar sikit sebab apparently ada band Korea pakai nama tu). Lepas audition dalam tempoh yang sangat singkat terus nak naik stage dan buat performance? Dude, ni tarian oi, movement kena precise! Kalau popping ke jerking, well, biar nampak seperti kau popping lah. Lol. Jadi ada yang defend, alah Too Phat tu dulu nak jugak jadi Blacks, Wings dan Search tu memang ikut style rockers Amerika. GT Boyz? Tu a bunch of retard dalam futuristic suit.Kahkah. Iya mana-mana artis dalam Malaysia ni pun memang asalnya influence dari luar. Tapi ada tengok Too Phat cakap ‘we are Too Phat and we are African-American”. Ada? Tak perlu kot nak stating the obvious. Bila cakap lu main K-Pop, lu macam stating sesuatu yang sebenarnya yang lu bukan dan something that you’ll never be. Fucking hell, paham tak? Aghh!

Tak paham la. Lu jangan carut boleh tak? Cerita je la!

Pada gua, originality adalah sesuatu yang rare dan payah nak jumpa pada zaman sekarang. Dan more often than not, bila ada yang muncul dengan sesuatu yang original, audience will either love it or hate it. Nak tak nak, kena ah terima dan kalau lu kuat lu survive. Jadinya mungkin industri muzik kita yang dah terlalu lesu ni (cetak rompak, artis tak aktif,artis jenis lompat2 kejap berlakon kejap jadi chef) prompted a group of people untuk keluar dengan sesuatu yang baru, barangkali hasilnya inilah. Malaysian K-Pop.Original? Tak. Shocking? Iya. Sesuatu untuk dibanggakan? Tak jugak. Boost populariti supaya boleh lompat ke bidang lain? Boleh jadi. Tanya Gula-Gula.





allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="400" height="224">

Kesimpulan (atau dalam erti kata lain gua dah penat nak tulis)

Pada gua isu K-Pop versi Malaysia ni barangkali adalah usaha untuk memecahkan kebuntuan dalam industri muzik Malaysia sebab dah bosan kot dengan statement “oh kami bawak free pop, Latin dengan sikit-sikit samba dan Jazz“. Jenis statement yang biasa baca kat Metro Ahad. Cuba cakap K-Pop, mesti ramai duk angin dan nak hentam. See? Free publicity. Cepat naik. Dapat endorsement.Bijak juga strategi camni. Tapi bila pusing balik ke originaliti? Takde. Ahh tak payah cakap originaliti la bro, mana ada originaliti zaman sekarang! Screamo pun dah campur crunk! Blacks pun dah ada main drum untuk band death metal sejak 90s lagi. Mamat Black Metal pun ada yang jadi techno DJ secara part time. Apa lagik nak original? Jadi penyanyi jazz di hujung minggu tapi hari biasa jadi penggali kubur? Puih. Penyelesaian? Gua tulis bukan nak offer penyelesaian. Lu orang pandai-pandai la.Kalau sekadar buat kumpulan hanya disebabkan trend, lu boleh jamin ke lu boleh bertahan lama? Tu jawapan hanya ada pada diri masing-masing.Yang kekal hanya yang berpegang teguh pada pendirian.Mana yang terikut-ikut, mungkin tak bertahan lama.Period.

This is A is for Anomaly signing off.

2 thoughts on “Mengasimilasikan Muzik Korea kepada Gaya Tempatan: Satu Pandangan Ikhlas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *