Medieval – Anthems Of Destruction (Demo 2013)

1

Medieval merupakan sebuah band beraliran gelap yang terdiri dari line up beberapa band Black Metal tersohor tanahair iaitu Bazzah, Knightwar dan Conqueror. Terkini diberitakan line up Medieval terdiri pula dari line up band2 seperti Bazzah, Penakluk, Claw dan The Dirty Dogs. Telah wujud sekitar 2001 dan menghasilkan sebuah demo bertajuk Something in the Dark. Setelah sekian lama menyepi pada 2013, Medieval kembali dengan demo tape terbaru berjudul Anthems Of Destruction.
Medieval dianggotai oleh Moondusk (Vocal), Rigor Mortis (Guitars), Tzephu (Guitars) dan Wariod (Bass).

Layout dan design oleh Azrin

Tracklist :
1 – Battlefield
2 – Taste Of Victory
3 – Thou Shat Suffer (Unreleased Bonus Track)
4 – Lords Of Chaos
5 – Halloween (King Diamond Cover)

Anthems Of Destruction (Demo 2013) melalui proses rakaman di TDD Studio, Shah Alam sekitar tahun 2003. Tidak dinyatakan sebarang info berkaitan sesi rakaman dan Anthems Of Destruction (Demo 2013) dikeluarkan oleh Gempita Records.

 

Battlefield sebuah track yang seakan mengejar kelajuan. Bersesuaian sebagai track pertama dan pengenalan, jelas elemen Thrash sehingga Death dan menjurus juga sedikit ke arah Black Metal. Permainan drum yang padat dan solo gitar bergulung-gulung sehingga tamat track.

Taste Of Victory masih punya mood sama seperti track pertama namun lebih kedengaran Black Metal nya padu dan laju. Vocal juga lebih ngeri cara penyampaiannya. Perubahan mood berlaku pada pertengahan track sebelum kembali kelam pada suku terakhir track.

Thou Shat Suffer (Unreleased Bonus Track) bermula dengan sample bunyi dialog sebelum music segera menerkam gegendang telinga. Suku pertama Medieval masih mengekalkan apa yg dilakukan dalam komposisi 2 track terawal dimana maksud gua iaitu elemen2 Thrash Metal. Juga menarik apabila duo gitar berlawanan pada sebelum suku terakhir track.

Medieval – Lords of Chaos


Lords Of Chaos bermula cukup garang dan ngeri sekali ditambah dengan cara nyanyian Moondusk yang cukup merbahaya. Sebuah track yang bermula cukup old school, kelam dan mengerikan. Antara track terbaek dari demo tape ini.

Halloween merupakan sebuah track saduran dari King Diamond. Tidak banyak yang boleh dikatakan namun nampak Medieval tetap berjaya membawa track ini dengan baek

Dari segi sound production gua masih boleh memuji apa yang dihasilkan Medieval walaupon sound yang terakam agak sedikit raw dan bunyi gitar yang agak tajam. Ini kerana material ini adalah berstatus “demo”. Ianya masih boleh dihadam tanpa sebarang cacat cela. Mungkin sedikit kekurangan apabila mendengar drum track yang ada kemungkinan besar dari penggunaan drum machine. Selain dari itu band yang boleh juga disifatkan agak misteri ini dan label Gempita Records hanya mengeluarkan demotape ini dalam kuantiti 100 copies sahaja. Jika anda ternampak ada distro yang menjualnya, sila grab untuk membuktikan anda antara supporter music gelap tanahair.

Medieval
Metal-archives

Gempita Records
Email
Blogspot
Bandcamp

1 thought on “Medieval – Anthems Of Destruction (Demo 2013)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected