Marasmus – Necrotic Overlord [Full Length, 2021]
Saya masih lagi disoriented dengan penangan berbisa band ini. Marasmus merupakan Unit Brutal/Technical Death Metal dari Amerika Syarikat yang telah mengeluarkan album penuh ketiga mereka berjudul Necrotic Overlord melalui Transcending Obscurity pada 20 Mac 2021.
First of all, apasal saya baru discover mereka sekarang? They’re so freaking good. Necrotic Overlord adalah punishing dan super violent dengan Brutal Death Metal yang menghentam tak berhenti-henti bagaikan gerudi. Saya menyukai songwriting mereka yang bijak mengimbangi antara menjadi super-fast dan juga catchy pada masa sama dengan riffs yang memorable. Takde bergimik pelik pun, cuma a nicely executed Brutal Death Metal dengan kelajuan meletupkan kepala mana-mana pendengar tegar Death Metal.
Album ini mengingatkan saya kepada neckbreaking speed of Suffocation dan Origin yang bukan setakat barrage through the songs, tapi juga kreatif dalam layering antara instruments supaya semuanya kedengaran jelas. Ya, bass dalam album ini audible! Gitar bukan sahaja gigih memainkan riff yang tajam menikam tetapi juga bermelodi untuk memastikan saya terus mendengar. Manakala permainan dram yang tidak terhad setakat menjadi brutally intense malah diserikan fills yang mempesonakan, seakan John Longstreth. Tepat, machine-like dan face bashing. Ugh best betul. Round up everything dengan vokal menerjah telinga. Memang enak. Kepada peminat Brutal Death Metal, don’t sleep on this. Ini adalah antara band yang berpotensi di masa depan menggantikan Origin atau pun Suffocation!
Necrotic Overlord kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Suffocation, Origin, Decrepit Birth