Mandatory – Awakening of Black Souls (2018)

0

Ini boleh dikatakan “comeback” yang ditunggu-tunggu. Setelah self-title debut album yang released sekitar 1999, terkini bersama line up terbaru Mandatory muncul dengan sebuah album terbaru berjudul Awakening of Black Soul (2018). Masih melabelkan music bawaan mereka sebagai Spiritual Death Metal, album kedua ini released ketika Deathober Fest 2018 yang diadakan pada 6/10/2018 di tanah kelahiran mereka Pulau Pinang. Dusthome Record adalah label yang bertanggungjawap dalam melahirkan album ini.

Dai (Synthesizer), Wan Ablasa (Bass), Bobby (Vocals), Alias (Guitars), Zam (Guitars), Valent Teoh (Drums)

Artwork/Design oleh Rator Flame

Tracklist :
1 – Hate
2 – Anxious Night
3 – Demonic Dwells
4 – Scene of Lamentation
5 – Awakening of Black Souls
6 – The Art of Misery
7 – At the Gate of Sorrow
8 – Pain
9 – Anguished
10 – Ignorance
11 – Whispered Reflection
12 – I’m Your Ghost
13 – Chapter End

Awakening of Black Souls (2018) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Dusthome Studio, Seberang Jaya Pulau Pinang. Blackbeard Purge dan Fahmi Arbit bertindak selaku sound engineer untuk rakaman ini.

Awakening of Black Souls

Terlebih dahulu preview awal telah dimuat naik sebagai pengenalan kepada music Mandatory terbaru dimana self-title track iaitu Awakening of Black Souls dimana ianya nampak agak jelas pembaharuan dan kelainan music Mandatory kali ini.

13 tracks untuk dihadap dengan teliti memerlukan masa yang panjang juga untuk meneliti secara terperinci untuk setiap track dari mula sehingga tamat untuk tidak mahu menghilangkan mood keseluruhan album yang berdurasi menghampiri 1 jam.. hahaha.. Awakening of Black Souls (2018) boleh dikatakan punya kelainan yang agak ketara dari apa yang mereka hasilkan menerusi debut full length sekitar 19 tahun dahulu. Apa yang paling jelas, melalui album terbaru ini ialah synth/keyboard agak mendominasi album ini dan ia mewujudkan suasana dan mood untuk konsep music Spiritual Death Metal garapan Mandatory untuk jangkamasa yang agak panjang dari released pertama dahulu. Selain itu perubahan line up paling ketara yang hanya mengekalkan Zam selaku mastermind/pioneer Mandatory kali ini adalah penyampaian vocal oleh Bobby yang agak deep growl berbanding Fahmi vocalist pertama dahulu yang lebih kepada teknik scream.

Demonic Dwell

Seperkara yang dapat gua hidu, susunan track didalam album ini seakan memberi ruang awal kepada keyboardist menonjol sebelum riffing2 guitar yang hebat muncul selepas pertengahan album.

Dari segi sound produksi, ianya agak ketara kelainan dari apa yang dihasilkan melalui debut album 1999 dahulu. Ia nya masih terkawal dari segi mixing dan output akhir mastering yang sekata. Mungkin dari segi pendengaran gegendang telinga gua, tone gitar agak “less gain” walaupun kepelbagaian idea dan riffing jelas dipersembahkan melalui setiap track. Kemungkinan juga tone sebegini dipilih untuk memberi laluan kepada keyboard yang agak bersifat dominan dalam rakaman kali ini. Drum berada dalam kawalan terbaek dari segi stamina permainan walaupon agak statik dari segi velocity.

Jika dilihat pada cover sleeve, pengakhirannya seakan bakal ada lagi material yang bakal dikeluarkan atau sambungannya dimana ada dinyatakan “to be continued…” Juga perlu gua nyatakan, Mandatory bakal muncul dengan sebuah split album bersama Purge The Arbitrator pada awal 2019 nanti.

Mandatory – Awakening of Black Souls (Live at Deathober Fest 2018)

Awakening of Black Souls (2018) boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand. Untuk pembelian awal akan disertakan limited A3 poster. Sebarang pembelian boleh dilakukan secara terus dengan menghubungi link2 yang disediakan dibawah melalui band atau label.

Mandatory
Email
Facebook
Bandcamp
Reverbnation
Instagram

Dusthome Record
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *