Malapetaka – Anthem Of Annihilation (EP2015)

0

Malapetaka merupakan sebuah band yang bertapak di Kuala Lumpur. Membawakan irama agresif Thrash yang sudah menuju ke arah Death Metal. Malapetaka melabel music mereka sebagai Nusantara Death Thrash Metal. Sebagai introduksi, Malapetaka telah wujud sekitar 2009 dan melahirkan sebuah demo pada 2013. Selain menghangatkan pentas2 gig tempatan, Malapetaka dilihat maju kehadapan dengan melakukan mini tour sekitar India dan Nepal pada awal 2015. Terkini Malapetaka muncul dengan sebuah EP yang diusahakan secara DIY bertajuk Anthem Of Annihilation. Ia nya jelas menampakkan improvement yang positif dari segi komposisi lagu, rakaman dan permainan instrument.

Boon (Vocal), Ashok (Guitar), Raja (Guitar), Alias (Bass), Naji (Drums)

Artwork oleh Boon Malapetaka

Tracklist :

1 – Ascendancy Of Terror
2 – Kejahilan Minda
3 – Anthem Of Annihilation
4 – Infernal Deconstruction

Anthem Of Annihilation (EP2015) adalah rakaman yang dilakukan secara DIY oleh Malapetaka. Hanya menggunakan Pertama Music Studio, Cheras untuk rakaman drum dan rakaman lain dilakukan melalui penggunaan homestudio dimana ianya diselenggara oleh Ashok iaitu pemain gitar Malapetaka. Proses mix dan mastering telah diserahkan kepada seorang kenalan mereka di Russia.

Ascendancy Of Terror merupakan buah tangan terbaru dari Malapetaka untuk hidangan gegendang telinga pendengar. Walaupun intro agak meleret sehingga 2 minit namun apabila tempo bertukar menjadi agresif, seakan ada satu adrenalin untuk menumpukan pada groove dari riffing dan stroke drum track ini. Kepada pendengar demo pertama Malapetaka pasti dapat menghidu trademark Thrash Metal dari Malapetaka iaitu elemen agresif yang seakan menjadi keutamaan dalam penciptaan lagu2 mereka. Feel yang cukup Thrash, solo gitar yang kena dengan mood lagu, vocal garang dari vocalist dan idea yang banyak dihasilkan sepanjang track berkumandang.

Kejahilan Minda adalah track yang diambil dari demo 2013 dahulu. Gua beranggapan ini mungkin rakaman semula atau ianya track yang melalui proses adunan semula disamping beberapa sentuhan terbaru dalam beberapa part “fill-in” gitar. Kedengaran lebih “bright” dari versi rakaman asal. Jika dibandingkan tahap agresif mungkin track pertama lebih menggila namun kekuatan track ini terletak pada kepelbagaian beat yang dimainkan oleh setiap line up. Bawaan vocal untuk lirik berbahasa melayu juga nampak tiada sebarang cacat cela dengan ngauman dari Boon. Ini track yang memang jelas terselit mood2 Nusantaranya dalam beberapa part riffing gitar. Solo gitar ternyata lebih terserlah untuk track ini.

Anthem Of Annihilation ternyata boleh bikin anda headbang dari awal track lagi. Memang kena benar track ini dijadikan sebagai tajuk rasmi EP ini. Agresif dan Thrash yang kental! Untuk sebuah track bergenre Thrash Metal agresif yang menuju kearah Death Metal gua rasa track ini sudah cukup serba serbi ramuannya. Paluan drum, solo gitar yang menyerang beberapa kali pada part2 yang cukup sesuai, pembawaan vocal yang lebih beremosi dan bedilan bass gitar yang lebih berdetum untuk track ini. Ini track pilihan gua.

Infernal Deconstruction bermula dengan sedikit sound sample yang dimix bersama bunyian alat tradisional (serunai barangkali..) Apabila selesai sample dimainkan, distortion menyerang tanpa belas kasihan. Jika dilihat dari segi ganas, track ini boleh dinobat sebagai track paling ganas namun feel yang dihasilkan sudah seakan mendengar lagu2 Thrash Metal pelbagai band. Perkara yang harus diberi perhatian adalah komposisi dan flow lagu yang cantik, riffing yang adakala cukup memberi tekanan bersesuaian dengan hentakkan drum yang mampu mencapai tahap permainan band2 Death Metal.

Dari segi sound produksi, gua merasakan Anthem Of Annihilation (EP2015) adalah rakaman yang tidak mengharapkan sound yang terlalu clean dan profesional. Setelah diteliti berulangkali gua mendapati konsep Thrash death Metal yang agresif sebegini sememangnya memerlukan penghasilan sound produksi begini. Sound yang sedikit raw namun ianya kedengaran bright disamping keseimbangan untuk keseluruhan instrument yang dimainkan. Malapetaka sudah memasuki fasa terbaek sebagai satu unit Thrash Metal yang agresif. Anthem Of Annihilation (EP2015) bukanlah tipikal Thrash Metal yang selalu anda dengar. “Agresif” adalah terma yang menjadi trademark dalam lagu2 yang dihasilkan Malapetaka. Ini satu unit merbahaya yang harus diberi perhatian!!!!

Anthem Of Annihilation (EP2015) boleh diperolehi dengan harga RM15 + 5 untuk urusan pos sekitar Malaysia. Ini produk yang harus dimiliki oleh kaki2 Thrash Metal yang mengharapkan sesuatu yang agresif! Hubungi Malapetaka untuk copy anda melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Support mereka!

Malapetaka – Kejahilan Minda

Email
Facebook
Soundcloud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *