Malaöun – The Darkest Shrines [Full Length, 2020]

0
Projek one shot yang dilabel sebagai ‘terakhir’ sebelum ML (yang juga dalam Voidnaga, Envenom, Devourer of Light) berehat daripada muzik seketika. Melabel The Darkest Shrines sebagai berpengaruhkan Black Metal Scandinavia 90an, mudah sekali untuk kita bersetuju dengan ML. Pengaruh Mayhem, Emperor dan ada feel Aradia sedikit boleh dirasai merata-rata dalam terbitan ini.
The Darkest Shrines tidak bergantung kepada teknik fancy atau gimik gempak, sebaliknya straight forward kepada muzik yang berdurasi panjang, rata-ratanya 8 – 10 minit yang bertumpu kepada being a 90s Black Metal, nothing more, nothing less. Dengan tempoh lagu yang panjang-panjang, saya terasa khayal sedikit dengan riff yang repetitive, kadang-kala kedengaran gitar utama seakan merayau dengan tremolo pickingnya, memberi feel atmospheric. Tiada abrupt changes kepada lagu, by the way. Vokal ML memang monstrous dan tidak terlalu ke depan dalam mix. Saya mengagak ada yang akan mengatakan The Darkest Shrines sebagai album monotone feelnya. Tapi ini Black Metal, dan saya pasti ML mengeluarkan album ini bukan untuk diterima semua lapisan masyarakat pun.
Saya okey saja dengan kebanyakan trek dalam The Darkest Shrines, cuma saya lebih suka jika durasi lagu tidak terlalu panjang, tapi itu cuma perasaan sayalah, kerana saya mempunyai daya tumpuan yang pendek. Namun yang agak mengusik perhatian saya adalah trek terakhir Towards Perdition and Blazing Flames. Ada di beberapa tempat gitar utama membawa feel DSBM/Post-Black Metal, dan saya terperanjat jugak la.
Selaku terbitan ‘tutup buku’ ML buat sementara, ini adalah terbitan yang decent. Kaki Black Metal 90an sememangnya boleh relate dengan sound dan gaya Malaöun, tanpa syak lagi. Dapatkan The Darkest Shrines daripada Black.death.doom di Facebook atau layari bandcamp Malaöun. Salinan fizikal The Darkest Shrines terhad kepada 50 keping.
FFO: Mayhem, Emperor, Darkthrone

#malaoun #malaysia #blackmetal #scandinavianblackmetal #music #underground #voidnaga #devoureroflight #envenom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected