Le Creux – Divest (Demo 2013)
Le Creux merupakan sebuah band baru yang membawa konsep Hardcore. Berasal dari Kuala Lumpur dan bermastautin di Petaling Jaya, Le Creux tampak lebih kepada sebuah band Dark Hardcore yang punya elemen Old Skool yang agak kental. Pengaruh Metal mungkin ada sedikit jika diperhatikan pada bahagian vocal dan riffing2 berat yang dihasilkan. Tampil bersama sebuah demo CD bertajuk Divest pada 2013, Le Creux mempertaruhkan 4 buah lagu yang rata2 mampu membuatkan mereka bersaing dengan band2 Hardcore kental tempatan lain yang lebih awal menempah nama awal dari mereka.
Tidak dinyatakan sebarang informasi berkenaan sesi rakaman demo ini melalui packaging cd yang dijual.
Serenity merupakan track pertama sebagai pengenalan music Le Creux. Agak berat sound gitar disusuli ngauman dari vocalist. Juga drummer menggunakan twin pedal untuk menampak rencah kepadatan untuk track ini. Overall track ini kedengaran agak mendatar flow nya.
Nowhere Youth agak mendap pada permulaan track dengan riffing bersahaja.Walaupon disulami hentakan twin pedal dari drummer namun track ini benar2 kedengaran begitu mendap. Cara nyanyian yang cukup beremosi memang kena dengan mood sebegini.
Escape masih seperti 2 track terdahulu. Ternyata Le Creux sudah punya identiti music tersendiri. Tidak mengejar kelajuan dan berjaya mengekalkan mood mid-tempo. Opsss.. ada sedikit kelainan di penghujung lagu. Sedikit laju sebelum track tamat.
Exile bila bermula sahaja seakan mendengar band Southern Rock. Permulaan yang lantas mengingatkan gua pada band Philip Anselmo iaitu Down. haha.. Meleret dan sekali lagi gua katakan mood yang mid-tempo dan mendap! Walaupun ada sedikit attack pada bahagian drum namun ianya tidak lari dari konsep music yang dibawa Le Creux. Ermm track terakhir ni pada gua punya banyak pengaruh. Ada Southern/Sludge/Emo.. Tapi akar umbinya tetap Hardcore!
Manamakan band2 seperti Hang The Bastard, Brutality Will Prevail, Pulling Teeth, Integrity, Throats, Crossbreaker, Expire, Mother Of Mercy, AYS, Rise And Fall, All Pigs Must Die, Black Breath, Young And In The Way, Oathbreaker sebagai antara band yang membawa pengaruh kepada music garapan Le Creux jelas menampakkan music mereka sedikit obscured tanpa mengharapkan pengaruh band2 hardcore besar dunia. Apa yang jelas Le Creux punya identiti music tersendiri dan yang pasti Hardcore yang berada dalam katogeri mid-tempo. Mereka tidak mengejar kelajuan semata mata dan ini membuatkan lagu2 Le Creux kedengaran benar2 mendap dan penuh tekanan.
Pada pendapat gua, music Le Creux sudah boleh dikatakan bagus dan mereka sudah punya intipati dalam ciptaan lagu2 didalam konsep yang mereka bawakan. Sound produksi juga sudah boleh dianggap bagus dengan level dan balancing yang cukup baik. Mungkin perlu di pertingkatkan lagi untuk material akan datang iaitu packaging CD dan cover sleeve. Gua beranggapan dengan mengenakan poket CD sebagai packaging sudah cukup baik untuk keluaran demo walaupun hanya menggunakan CDR.
Kenali Le Creux melalui beberapa link yang kami sertakan dibawah preview song ini.