Langsuir – Dirgha Belasungkawa (2019)

0

Mereka antara nama yang pernah membuka mata peminat2 music berat tanahair dengan terma genre music yang kearah ketimuran dimana mereka, Langsuir dan As Sahar merupakan antara yang memperjuangkan nausa bunyi Eastern Metal. Dengan gaya Black/Death beserta alunan2 bermelodi menarik dan catchy, Langsuir (yang sedia maklum juga telah terbahagi kepada dua Langsuir dan Langsuyr) yang masih mengekalkan dua line up asal Batara Guru (guitarist/composer) dan Azlanthor (Vocals) tampil dengan dua released untuk tahun ini. Pertama Cemar (MCD2019) dan sempena show tahunan The Gathering oleh label Legion Music, Dirgha Belasungkawa (2019) adalah hadiah sekian lama kepada pemuja2 irama Eastern Metal garapan Langsuir.

Batara Guru (Guitars/Backing Vocals), Sakka Euronous (Bass), Azlanthor (Vocals), Burning Twilight (Drums), Mirlanast (Guitars)
Cover inlay layout oleh Ady Shutterscream
Inlay layout oleh Ady Shutterscream & Burning Twilight
Tracklist :
1 – Ara
2 – Breezing Monsoon Dance
3 – Gragantuan
4 – Gentayangan Bajingan Malam
5 – Jebat
6 – Mala Kulta
7 – Plenary of Wickedness
8 – Sumpahan Tujuh Keturunan
9 – This Eastern Shore

Dirgha Belasungkawa (2019) melalui proses rakaman di Masterplan Recording Chamber, Bandung, Indonesia sekitar February 2019. Proses rakaman dikendali oleh Zoteng Kampret dan beliau turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering sekitar February sehingga March 2019. Beberapa additional recording untuk gitar dan vocal di lakukan di Sonic Legend Studio, Damansara Kuala Lumpur oleh Yon sekitar March 2019. CD Naz sekali lagi dipilih sebagai penerbit untuk Digha Belasungkawa (beliau juga bertindak sebagai penerbit untuk album Asyik).

Sembilan tracks dimana tiga daripada track tersebut turut dimuatkan didalam mini album Cemar (2019). Dengan total durasi sepanjang 45 minit, Dirgha Belasungkawa dilihat sebagai kesinambungan dari apa yang dilakukan didalam The Eastern Cruelty (1995) menuju ke Asyik (2006).

Dari segi teknikal, album ini punya kekuatan tersendiri. ramai memberi komen positif berkenaan permainan drum oleh Twilight Burning yang sebelum ini membanting tulang bersama Aradia. Ya, gua akui strok dan groove berkepelbagai dari beliau mewarnai lagu2 ciptaan Batara Guru kali ini. Dari old skool sehingga ke modern metal bedilannya. Pun begitu kredit juga kepada anggota2 lain yang dilihat memberi komitmen yang jitu memantapkan komposisi lagu yang telah disiapkan. Azlanthor kali ini lebih natural gaya penyampaian suara/vocal. Cukup lemak dan pembawaan yang penuh karisma. Bass gitar dari Sakka Euronous ternyata versatile terutama dalam part2 yang meninggalkan permainan bass dan drum sahaja. Mirlanast yang juga selaku ahli terbaru memberikan solo2 yang lebih maut.

Perlu juga diperkatakan rangkuman lagu2 didalam Dirgha Belasungkawa ini adalah ciptaan lebih kurang 10 tahun dahulu oleh Batara Guru namun setelah dipolish dan melalui proses rakaman yang baek, trademark Eastern Metal mereka masih utuh dan menebal. Masakan boleh berubah jika komposer utama masih menjadi tulang belakang dalam penciptaan lagu kali ini.

Dari segi kualiti rakaman Dirgha Belasungkawa (2019) boleh dikatakan antara hasil bunyi terbaek dari Langsuir setakat ini. Mungkin Asyik (2006) boleh menyaingi kualiti bunyi kali ini. Hasil kerja pakar2 dari negara yang bercambah band2 gelap memudahkan kerja-kerja rakaman dan penghasilan mutu bunyi kali ini ditambah dengan sentuhan CD Naz yang ternyata punya pengalaman luas selaku pemuzik, komposer dan producer.

Track pilihan : Breezing Monsoon Dance, Gragantuan, This Eastern Shore

Dirgha Belasungkawa (2019) didatangkan dengan pakej cover sleeve menarik beserta artwork yang menggambarkan tema penceritaan setiap track yang disertakan bersama lirik. CD ini boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand. Untuk tidak terlepas memilikinya seperti apa yang terjadi untuk Cemar (MCD2019), adalah disarankan sila berhubung secara terus dengan Legion Music melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Langsuir – Gentayangan Bajingan Malam & My Oath for Thee
Live at The Gathering 2019

Langsuir – My Oath for Thee & Plenary of Wickedness
Live at The Gathering 2019

Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp
Instagram
Youtube

* Image credit to Arep
* Video credit to Duan Nosferiel & Syed Yunus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected