Langsuir – Cemar (MCD 2019)
Setelah kecewa dengan “unrelease album Bullet”, Langsuir tampil dengan sebuah MCD terbaru dimana ia nya juga agak sensitif untuk diperkatakan apabila Langsuir dan Langsuyr (Beza huruf “i” dan “y”) telah terbahagi kepada dua kem berlainan walaupun konsep music tidak jauh beza nya. Bersama line up terkini, Batara Guru (guitarist) bersama Azlanthor (vocalist) selaku line up asal Langsuir telah merekrut beberapa entiti untuk diserap menjadi line up Langsuir. Ok, sebagai introduksi, Cemar (MCD2019) adalah langkah pertama sebelum full length Dirgha Belangsungkawa release pada 26 July 2019 nanti.
Cemar (MCD2019) melalui proses rakaman di Masterplan Recording Chamber, Bandung Indonesia sekitar February 2019. Proses engineering, mix dan mastering dilakukan oleh Toteng Forgotten sekitar February sehingga April 2019. Penambahan rakaman gitar dan vocal dilakukan di Sonic Legend Studio, Damansara Kuala Lumpur oleh Yon sekitar March 2019.
Bagaimana reaksi anda sepanjang mendengar MCD ini? Rata2 gua baca review cukup berpuas hati dengan hasil buah tangan dari Langsuir kali ini. Mungkin rindu akan aura Death Metal berpaksi ketimuran acuan Langsuir yang menyebabkan MCD ini umpama goreng pisang apabila hari pertama dikeluarkan. 300 copies first press CD sold out untuk 24 jam sahaja. Pasti ada yang tercengang bila mana CD masih releven.. haha..
Pembuka Cemar (MCD2019) dimulakan dengan Gentayangan Bajingan Malam. Track yang punya permulaan yang diiringi sampling bunyian langsuir/pontianak. Ya kena pulak riffing permulaan ini dengan sampling bunyian ini. Apabila verse pertama bermula bersama ngauman Azlanthor, ternyata ada sedikit perubahan dalam riffing2 yang dihasilkan. Mungkin berada dalam aura Asyik diaduk sedikit pengaruh lama. Kelainan ngauman Azlanthor tidak lagi seperti apa yg biasa didengar didalam demo, EP Eastern Cruelty, 2 lagu dari kompilasi Ipoh Metal Militant atau Asyik. Kali ini lebih natural. Ok straight forward ke track kedua..
Jebat pada gua ada pengaruh Abbath untuk riff awal (mungkin pada pendengaran gua sahaja..haha..) Sebuah track yang agak menarik kerja tangan dan kaki serta perahan idea Twilight Burning untuk track drum nya. Banyak idea dimainkan walaupun dalam riff gitar yang sama. “Feel” atau trademark Langsuir tepat berada pada durasi ke 2:35 melalui riffing bermelodic seperti apa yang kita kenali Langsuir melalui lagu2 lama mereka. Ikhlas pada gua ini bukan track pilihan gua, namun lirik lagu ini gua ulang banyak kali dan sememangnya ia membawa “rasa” yang cukup beremosi (cuba baca dan ulang beberapa kali). Jiwa2 rebel pasti memilih watak Jebat!
Plenary of Wickedness pada gua feel nya berada selepas kompilasi Ipoh Metal Militant dan sebelum Asyik. Sebuah track yang rancak dan straight forward namun susunan komposisinya cukup sempurna walaupun sedikit solo berada hampir2 penghujung lagu. Tamat untuk track2 original dari Langsuir.
Seterusnya 2 buah track saduran dari Profanatica (Weeping In Heaven) dan Impaled Nazarene (The Crucified). Pemilihan track saduran yang memang kena dengan paduan line up terkini Langsuir. Tiada masalah untuk Twilight Burning untuk track2 keras dan pantas. Feel Langsuir tetap ada walaupun tidak banyak olahan dari track asal.
Sound produksi yang mendapat banyak review positif dari pembaca. Ya ini mungkin rakaman dengan mutu bunyi yang “mahal” hasil kerja tangan gitarist band Death Metal Indonesia iaitu Toteng dari Forgotten. Memang bunyian2 berdistortion begini bagaikan sarapan harian warga studio Metal di Indonesia. Juga ingin sangat gua ketahui fungsi CD Naz selaku penerbit dalam rakaman album ini. Mungkin perlu sesi temubual.. Langsuir atau CD Naz sendiri.. ok overall sound produksi membanggakan. Cuma sedikit rasa x puas hati bunyi gitar untuk stereo kanan agak “kureng” jika dibandingkan dengan stereo kiri.. adakah CD yg gua beli ada problem? Atau sengaja untuk hasil lebih umphh berada didalam upcoming full length Dirgha Belangsungkawa??
Cemar (MCD2019) boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand atau sila hubungi Legion Music untuk pembelian secara online atau postage. Untuk ketika review ini ditulis, 300 copies first press telah sold out dalam masa 24 jam dan pressing kedua jugak berkemungkinan besar juga dalam angka yang sama. Sila dapatkan Cemar (MCD2019) dalam kadar segera sebelum ianya kehabisan. Ini petanda atau buah tangan awal sebelum full length Dirga Belangsungkawa akan menyusul sempena gig tahun The Gathering pada 26 & 27 July 2019 nanti..