Kreacion – Dying World (EP2017)
Kegilaan genre Thrash Metal nampak gaya nya sukar dibendung dari awal tahun 2017 sehingga menghampiri pertengahan tahun. Antacid, Tormentor, Hereafter, Verminator, Puakerysm dan tidak lupa Kreacion. Dinyatakan menerusi laman facebook, Kreacion ditubuhkan sekitar 2015. Membawa konsep Thrash Metal, gua terlebih dahulu ada melihat beberapa video live mereka di youtube dan nampak Kreacion bukan calang2 band walaupun baru berusia 2 tahun. Terkini Kreacion dengan berani tampil menghasilkan sebuah material bertajuk Dying World (EP2017) dan apabila CD ini menerjah gegendang telinga gua, rasanya ianya adalah bertepatan dan menjadi satu keperluan untuk kami pihak Dissecting the Euphony mempromosikan band ini. Ya mereka perlu di exspose!
Dying World (EP2017) melalui proses rakaman di Sound X Studio, Kajang Selangor. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Fifi Filoforce. Ep ini dikeluarkan secara DIY oleh Kreacion.
Track pertama yang bersifat instrumental bertajuk The Path pada gua tidak menjanji apa2 sangat selain track berdurasi 1 minit 45 saat ini masih belum dapat memberi bayangan kepada music ciptaan Kreacion.
Our Awakening pada awalnya masih membawa tanda tanya bagaimana rupa music Kreacion sehingga hampir2 mencecah minit pertama. Wow ekspresi pertama, band ini nampak begitu serius. Thrash Metal mereka berada diantara modern metal namun tunjangnya berada dalam kaedah old skool. Idea komposisi yang bagus dimana beberapa elemen seperti harmoni gitar ada diselitkan dipenghujung2 note untuk bberapa part, solo gitar yang clear, berani dan bersih. Tidak lupa pada kredibiliti vocalist yang jelas mempunyai characteristic yang bagus dengan jeritan dan pembawaan vocal yang mantap. Drum bergerak dengan bagus cuma seakan kurang sedikit umphhh bila gua rasa bass nya sedikit tenggelam.
Adakah telinga gua ada masalah atau entah kenapa gua rasa track kedua Dying World ini sound produksinya ada improvement dari track pertama. Track ini jelas tidak terlalu ribut namun ianya satu komposisi yang bagus dari segi flow song nya. Double gitar solo untuk track ini adalah antara tarikan yang membuatkan gua asyik ulang beberapa kali untuk track ini sahaja. hahahaha..
Track penutup War of Dissidence boleh gua anggap antara track pilihan walaupun startingnya agak rilek. Namun apabila melepasi durasi 0.30, track ini membuktikan kekecohan di mosh pit boleh saja berlaku jika track ini dibawa ketika persembahan pentas. Ribut dan penuh adrenalin dan idea riffing yang jelas pengaruh modern dan old skool yang boleh membawa kepada Iron Maiden dan Trivium. Ok, ini track yang gua pilih sebagai paling gerek!
Secara keseluruhan, Dying World boleh kiranya jika gua ambil sebagai antara keluaran yang bagus untuk pertengahan 2017 untuk genre Thrash Metal walaupun saingan dari release yang juga gila dari Antacid, Verminator, Hereafter dan sebagainya. Gua memuji pemilihan rakaman yang bersih dan terkawal dalam penghasilan EP ini. Sepanjang beberapa kali CD ini diputarkan, jelas nampak Kreacion adalah band yang serius. Menghasilkan music yang bagus bersama pakej rakaman yang rasanya hanya perlu sedikit lagi injection untuk memastikan produk sebegini kedengaran lebih BOOM!!! Apabila tadi gua menyebut material2 local band yang membawa haluan dan tunjang yang sama iaitu Thrash Metal, perlu juga gua tekankan Kreacion agak lari sedikit dari laluan2 band2 yang gua sebutkan tadi. Mereka melalukan “blend” yang cantek dengan ramuan modern dan old skool metal. Ini yang dapat gua hidu dan simpulkan berkenaan EP ini.
Dying World (EP2017) boleh diperolehi dengan harga harga RM15 by hand dan RM22 by postage. Sila hubungi Kreacion melalui email atau laman facebook mereka untuk sebarang urusan pembelian. Support Kreacion untuk memastikan akan ada lagi material2 yang bakal menjahanamkan gegendang telinga anda pada masa akan datang!