Kari Rueslåtten – Sørgekåpe [Full Length, 2020]
Kalau anda mengenali Kari Rueslåtten, ada kemungkinan anda pernah mendengar hasil kerjanya dengan 3rd and the Mortal dan Storm (menampilkan Satyr dan Fenriz). Tapi semua tu cerita lama. Kari Rueslåtten pun dah moved on, siap berenti kejap jadi academician lepas tu sambung balik menyanyi.
Sørgekåpe merupakan album Nordic folk terbarunya selepas aktif semula dalam muzik dan diterbitkan Spindelsinn Recordings pada 8 Mei 2020. Saya hanya familiar dengan kerja beliau semasa dengan 3rd and the Mortal dan Storm, dan langsung tak tau kerja-kerja solonya. Namun, traces folk/pop memang dah ada semenjak Kari aktif dengan kedua-dua band ini.
Sørgekåpe boleh disifatkan album yang santai dan simple. Rasaya tak keterlaluan kalau cakap ia membawa vibe lepak kat kafe di kala hujan nipis-nipis sambil layan kopi panas. Layan perasaan yang light-light kiranya. Saya menyukai setup muziknya yang minimal tapi bermain dengan atmosphere yang santai, ada kalanya seakan flirting dengan muzik folk (macam Americana pun ada).
Obviously kekuatan Sørgekåpe adalah vokal Rueslåtten yang breathy,angelic, seakan memujuk dan ada masanya mengingatkan kerja-kerja lamanya dengan 3rd and the Mortal. Saya memang la tak faham bahasa Norway tapi album ini mengingatkan saya waktu-waktu berseorangan di antara malam ke awal subuh sambil menunggu fajar menyinsing. Hening, sepi tapi menyimpan harapan hari yang tiba berlalu dengan baik. Wah, gituh.
Sørgekåpe terdapat dalam format CD dan piring hitam.
FFO: Anneke van Giersbergen, Liv Kristine, Chelsea Wolfe