Karacoma – Shattered Mirrors (2010)

0

Bila gua tengok Senjakala di KL Metalcamp awal bulan 5 tu hari, gua rasa nak explore sikit band ni sebab sebelum ni gua cuma kenal beberapa band saja dari Brunei seperti Wartillery dan Noiratasya. Ok Karacoma ni adalah fasa kedua selepas berlaku sedikit perbezaan halatuju atau konsep dalam Senjakala manakala beberapa line up nya telah menubuhkan Karacoma. Tidak jauh beza dari konsep muzik asal Senjakala (gua refer pada demo 2004 Senjakala) gua tengok Karacoma tetap bagus dari segi idea penciptaan lagu dan paling best melodi vocal nya. Dua perkara ni bikin rasa “segar” sepanjang gua menghadam album bertajuk Shattered Mirrors yang lahir pada 2010 ini. Ok, bila dengar banyak2 kali gua rasa Karacoma membawa konsep Heavy Melodic Metal. Nak kata pengaruh Gothic Metal (sebab female vocal) gua rasa mungkin 5% saja kot. Haha ok jom gua review sikit album ni.

 Sam Siren – Vocals
Mawie Nightfall – Guitars
Jaz – Lead Guitar
Adi – Drums
Wayne – Bass

Layout dan design oleh Sam Siren & Wayne (SAYNE Design)
Tracklist :
1 – Threshold of Pain (Intro)
2 – Paranoia
3 – Breath
4 – Threshold of Pain
5 – I.K.T.S
6 – December Snow
7 – Bittersweet
8 – Fire Conspiracies
9 – Withered Love
10 – Empathy for Sorrow
11 – Anthem
12 – Scarlet Letter

Sepanjang gua membelek cover sleeve, gua tak jumpa studio rakaman album ini. Tapi bila gua gugel pasal band ni, gua dapat tahu album ini melalui proses rakaman di studio mereka sendiri. Info dari cover sleeve, dinyatakan proses mix dilakukan oleh Simon Efemey di Chapel Studio dan Marcel Legane merupakan engineer bagi proses adunan ini. Proses mastering dilakukan oleh Chris Fielding dan Simon Efemey di Foel Studio. Terdapat beberapa pemuzik tambahan yang terlibat dalam pembikinan album ini seperti Icon, Aimi Rosli dan Rick D’hask untuk bahagian keyboard (beberapa track sahaja) dan Yenz Leonhardt untuk track bass yang dirakam di Germany.

Jika diteliti, Shattered Mirrors boleh gua katakan antara album yang bagus walaupun idea melodic penggunaan progressive chords nya boleh dikitar2. namun yang menariknya Karacoma berjaya menghasilkan sesuatu yang “segar” untuk didengar. Mereka bijak menghasilkan dan mengolah idea2 melodic dengan melodi yang catchy dan sedap didengar. Paranoia antara track paling gerek dan December Snow boleh kira antara lagu yang sepatutnya boleh “menjual” nama Karacoma kerana ianya layak untuk keudara melalui corong2 radio.

Karacoma – December Snow


Gua boleh simpulkan juga music Karacoma ini adalah olahan melodi2 sedia ada dari progression chord yang biasa digunakan tetapi feel nya di olah dengan baek oleh Karacoma. Riffing yang persis Iron Maiden tetapi permainan di lajukan seakan In Flames sehingga menjurus kepada cara permainan band2 Melodic Death Metal walaupon masih dalam acuan Heavy Metal. Solo gitar adakala menggunakan wah2 dan ini mungkin juga pengaruh Metallica barangkali. Bass yang sedap tone nya dan drums yang seakan tidak mahu meninggalkan sebarang ruang kosong. Pembawaan vocal yang kemas dan melodi yang baik dari Sam Siren.

Karacoma – I.K.T.S (Official Music Video)


Gua kira bernasib baek lagi kerana masih dapat CD ni. Mungkin anda boleh tangkap CD ni dengan menghubungi mereka melalui facebook Senjakala. Ok, mungkin juga anda nak tau sikit pasal Karacoma boleh kira nya berkunjung ke laman facebook mereka (last update 2013 sebab mereka kembali bergabung didalam Senjakala) yang kami sediakan dipenghujung entry.

Dan untuk perkembangan terkini, Senjakala kembali dan menghasilkan sebuah material kompilasi yang dikeluarkan oleh Mamat Records (Malaysia) bertajuk Wrath of the Crimson Empress. Gua andaikan Senjakala akan kembali menghasilkan sesuatu selepas ini.

Karacoma
Myspace 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *