Exalter – Obituary for the Living (EP2016)

0

Exalter merupakan sebuah band beraliran Thrash Metal dari Dhaka, Bangladesh. Obituary for the Living merupakan EP kedua mereka selepas penghasilan Democrasodomy (EP 2015) iaitu tahun kedua selepas penubuhan Exalter sekitar 2013. Duo Tanim dan Afif masih kekal memangku posisi masing2 sebagai vocalist/guitarist dan drummer manakala sessionist digunakan untuk posisi bassist untuk rakaman dan live.

Tanim – Vocals/Guitar
Afif – Drums, Vocals
Ani – Bass 
Track list:
1 – Tortured Innocents
2 – Surrounded by Evil
3 – Sacrificial Immolation
4 – Nuclear Punishment
5 – Throat Cutters
6 – Thrash Resurgence
7 – White Phosphorus Shell

Jika diteliti, Obituary for the Living merupakan EP yang menampilkan 3 buah lagu baru (track 1,2 & 3) dan digabungkan dengan 4 track yang diambil dari EP pertama Democrasodomy (2015).

Exalter – Tortured Innocents


Obituary for the Living (EP2016) boleh gua anggap antara keluaran Thrash Metal yang bagus dari band yang sememangnya perlu diberi perhatian. EP ini gua andaikan punya “soul” Thrash Metal yang sebenar, setiap track terkandung memang benar2 menjadi. Gua ada juga melihat persembahan live Exalter di youtube dan ternyata mereka memang berbakat walaupun vibe live dari crowd agak statik pergerakkannya (kadangkala crowd lebih kepada sekadar melihat performing band dari melakukan moshing dan headbang).

Rakaman EP ini ternyata bagus dan jika diberi lebih peluang dan pendedahan, tak mustahil Exalter akan mendapat offer tour dalam temasya Thrash Metal dunia am nya. Pengaruh Slayer paling jelas dalam penyampaian lagu2 Exalter. Paling jelas lenggok penyampaian vocal oleh Tanim persis Tom Araya. Rata2 track didalam EP ini rancak dan sesuai dibawa untuk persembahan pentas. Gua rasa Exalter sudah berada pada tahap atau standard nya tersendiri untuk genre sebegini. Satu nama yang perlu diberi perhatian oleh Thrasher2 di luar sana.

Obituary for the Living (EP2016) boleh diperolehi dalam format CD dengan menghubungi band atau label mereka iaitu Transcending Obscurity Distribution melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini.

Exalter
Email
Facebook

Transcending Obscurity Distribution
Official Website
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected