Just Before Dawn – In the Realm of Ash and Sorrow [EP, 2021]
Jentera perang Death Metal Sweden, Just Before Dawn kini kembali dengan EP terbaru berjudul ‘In the Realm of Ash and Sorrow’ melalui Raw Skull Recordz. Masih setia dengan tema perang, EP ini menawarkan pengalaman audio yang memuaskan pendengaran selain merupakan tribute kepada Sven Gross (Fleshcrawl) dan LG Petrov (Entombed) melalui execution yang cemerlang, tone yang garang dan feel yang somber.
Seperti keluaran sebelum ini, saya fikir Just Before Dawn dipengaruhi oleh lagenda Death Metal seperti Bolt Thrower, Hail of Bullets dan Asphyx melalui mid-paced tempo dan riffs yang chunky. It’s pretty formulaic, but it works for me. Berbanding reference yang disebut tadi, EP ‘In the Realm…’ menampilkan feel yang lebih melankoli berbanding album mereka tahun lepas yang cenderung kepada kehebatan military dan perang. So, I guess… it’s dealing with the aftermath of war? EP ini tetap berbunyi grand dan gempak, namun di celah-celah trek dihidangkan terselit feel saya sebut tadi, thanks to the guitarworks. Ini juga dibantu dengan tempo yang antara perlahan dan pertengahan but obviously crushing dan membunuh. Saya menyukai mix EP ini yang memberikan ruang secukupnya kepada gitar untuk berbunyi massive tanpa mengorbankan elemen lain. Bass, dram dan vokal tetap mempunyai peranan yang setara. Senang cakap, keseluruhan EP
Rasanya EP ini sesuai menjadi companion piece kepada album An Army at Dawn yang membawa sound dan tema yang serupa namun feel di spektrum yang berbeza. Tak perlu dah saya cakap, because it ticks all my boxes untuk terbitan Death Metal yang massive dan killer. Macam saya cakap tadi, it’s pretty formulaic but if it’s ain’t broken, there’s no need to repair. Saya fikir EP ini mungkin mengukuhkan langkah mereka untuk menjadi gergasi Death Metal dalam masa beberapa tahun akan datang. Ughhhh!
In the Realm of Ash and Sorrow kini terdapat dalam format CD dan muat turun.
FFO: Bolt Thrower, In Memoriam, Asphyx, Hail of Bullets