IV V I IV atau “DEAD” tampil dengan album kedua bertajuk Kabus (2019). Mereka adalah antara local band yang agak cemerlang dengan release sepanjang kewujudan mereka. Kental dengan terma Black Metal sebagai tunjang music, Kabus dilihat sebagai satu lagi lonjakan kepada band ini yang jelas tidak mengendah segala kritikan dan penghasilan material dari masa kesemasa adalah tidak mendatangkan sebarang masalah kepada mereka kerana rata2 line up IV V I IV sudah punya “soul” yang kuat didalam mengenal intipati irama logam gelap ini. Kabus (2019) dikeluarkan oleh Legion Music bersempena gig Legion Live Over Ipoh pada 9 February 2019.

Nocturr (Vocals/Guitars), Obscurum (Drums), Bloodhymn (Guitars), The Covenant (Bass)
Cover konsep oleh Nocturr & Moondusk
Tracklist :
1 – A Curse
2 – When Dawn Draws Near
3 – The Coffin Spirit
4 – Kabus
5 – Raven Soul featuring Moondusk on vocal
6 – Through the Illusion of Dead
7 – Ruh
8 – No Memories from the Grave

Kabus (2019) melalui proses rakaman di Helious Studio, Petaling Jaya dari 28/10/2019 sehingga 2/11/2019. Auks Nekrademus merupakan sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman dan adunan. Proses mastering dilakukan oleh Januaryo Hardy (Pure Wrath) di Insidious Soundlab, Indonesia.

Untuk album penuh kedua ini, dua perkara yang bermain di kepala otak gua sepanjang CD ini dimainkan adalah pertama, kali ini pengaruh Polish Black Metal agak kental berbanding apa yang dihasilkan didalam album pertama dahulu. MGLA yang menjadi sebutan pendengar irama Black Metal (termasuk gua sendiri) jelas memberi impak kepada penulisan track2 didalam Kabus. Selain itu pengaruh Darkthrone sebelum beralih kepada Metal Punk turut dapat dihidu. Ok, perkara kedua ialah sound produksi Kabus dilihat lebih raw dan organik juga jika dibandingkan dengan album pertama. Kabus jika didengar dengan teliti lebih menitik beratkan tone organik terutama untuk track/rakaman drum. Pun begitu mixing yang cantek berjaya mewujudkan mood dan tone yang “sesuai” untuk jenisan Black Metal bawaan IV V I IV.

Keseluruhan Kabus (2019) adalah sebuah album yang memperjudikan perasaan dan mood (Black Metal) dalam komposisi lagu2 untuk album kali ini. Formasi mudah 4X4 dan tidak teknikal namun mood dari lagu2 yang dihasilkan cukup untuk menghasilkan “mood” Black Metal bawaan IV V I IV yang suram, penuh kegelisahan dan kemuraman. Pendek kata Kabus (2019) adalah kelainan dari segi mood dari apa yang telah dilakukan terdahulu.

Kabus (2019) dikeluarkan dalam 2 format CD dimana ianya berharga RM30 untuk jewel case CD dan RM40 untuk format digipak. Hubungi Legion Music untuk urusan pembelian untuk fizikal copy. Selain itu untuk purchasing format digital, sila ke laman bandcamp mereka atau Legion Music.

VI V I IV
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected