IV V I IV – Endless Morbidity (EP2016)

0

Gua agak kurang pendedahan berkenaan awal kewujudan band ini. Menggunakan IV V I IV sebagai nama band yang merupakan samaran kod kepada DEAD. Tanpa sebarang demo rasmi, band ini bergerak aktif dalam persembahan pentas serata tanahair. Terkini band yang berpaksikan Black Metal, IV V I IV telah mengeluarkan ssebuah material bertajuk Endless Morbidity yang merupakan sebuah EP yang mengandungi 5 buah track. EP ini dikeluarkan bersama Illusion of Dead Productions dan Narrowards.

Nocturr (Vocals/Guitars)
Obscurum (Drums)
Shadow (Guitars)
Ievol Cytherea (Bass)
IV V I IV – Endless Morbidity (EP2016)
Tracklist :
1 – Curse…
2 – Omen & Prophecy
3 –  A Bed For Eternal Sleep
4 – Wirid Mati Raga
5 – Summon…

Tidak dinyatakan studio berlakunya proses rakaman namun dinyatakan proses mix dan mastering dilakukan oleh B.D.O.B of Voidnaga.

Curse… merupakan intro yang menggunakan sample bunyian yg boleh kira nya dihasilkan menggunakan keyboard atau synth. Atmosferanya membawa kepada rasa seram dan punya titik kepada seribu tanda tanya.

Omen & Prophecy menjadi track bervocal pertama yang pada ekspresi pertama gua ianya sebuah track yang agak kelam, old skool black metal, masih bermelodi dan pujian pertama gua ialah IV V I IV berani menghasilkan sound produksi yang bersih. Tidak memerlukan trigger pada bahagian drum ianya lebih kepada sound organik drum itu sendiri. Ini jenisan Black Metal yang membawa kepada mood tekanan.

A Bed For Eternal Sleep bermula dengan hentakan drum sebelum distortion gitar menyerang. Entah kenapa awal track gua seakan teringat pada band Aradia. Hahaha mungkin ada sikit persamaan dalam kaedah penciptaan riff atau pengaruh yang sama barangkali. Track ini masih dalam mood yang sama seperti track terdahulu.

Wirid Mati Raga bermula sedikit rilek dengan feel in gitarnya sebelum mood sedikit doom dimainkan walaupun pedal drum bertalu untuk verse pertama. Ini track berbahasa Melayu jika dilihat pada tajuk namun gua tak dapat tangkap apa yang disebut disebalik liriknya. Riffing cukup beremosi penuh dengan minor chord. Separa melodic, susunan lagu yang ada flow naik turun. Ini track memang layan.

Summon… merupakan outro penutup sound sample penggunaan suara wanita. Macam bacaan mantera plak. Mungkin ya! Hahaha

Sepanjang mendengar EP ini gua cuma boleh andaikan Endless Morbidity antara produk Black Metal yang bagus kerana band ini ternyata sudah punya music directionnya sendiri. IV V I IV tergolong dalam genre Black Metal yang tidak mementingkan teknikal dari segi permainan instrument. Tiada sebarang solo gitar selain feel in untuk beberapa part. Mereka nampak lebih mementingkan feel yang kelam dan gelap dalam penciptaan lagu yang rata2 beremosi dan soul Black Metal itu dapat ditonjolkan dalam ketiga2 track bervocal.

Dari segi sound produksi gua puji sebab mereka tidak memilih sound raw walaupun mereka berada dalam lingkungan BMH. Rakaman yang bersih, sound drum organik, tone gitar yang tidak tajam menusuk seperti yang selalu didengar untuk genre sebegini.

Ok, anda boleh dapatkan IV V I IV – Endless Morbidity (EP2016) dalam format pro CD dengan harga RM15 by hand atau RM20 by postage. Hubungi IV V I IV melalui laman sesawang atau email disertakan dibawah atau hubungi label yang mengeluarkan CD ini. Sebelum gua lupa, EP ini hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit dan di maklumkan baki CD semakin berkurangan. Sila dapatkan sebelum anda menangis kempunan. Hahaha..

IV V I IV
Facebook 
Bandcamp

Illusion of Dead Productions
Email

Narrowards
Email
Facebook
Blogspot
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected