Interview – Tools of the Trade – Intipati Grindcore Sebenar

0

Hai apa khabar? Kali ini DtE tampil dengan sebuah sesi temubual bersama sebuah band yang telah kembali dari melakukan tour Eropah pada pertengahan tahun ini (2012). Tools of the Trade merupakan antara band grindcore tanahair yang telah memecah tradisi apabila telah menyertai pelbagai gig dan fest luar negara dalam masa kira2 satu bulan. Ok, rasanya ada perkara2 yang perlu kami kupas untuk bacaan anda semua.. pembaca biasa juga pemuzik di luar sana.. ok cekidauttttttttt…. 

1 – Apa khabar Tools Of The Trade? Boleh kami tau siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Khabar Baik DtE. Aku Tiong atau nama penuh Mohd Faizal Bin Sarif akan menjawab sesi interview kali ini. Terima Kasih.

2 – Jika dilihat pada cover sleeve setiap EP dan album, seakan sedikit berlainan line up untuk sesi rakaman dan persembahan pentas. Boleh ceritakan mengapa ianya berlaku sebegini?
Ianya berpunca dari kekerapan pertukaran line up dari posisi Bassist dan Drummer. Dimana di antara mereka terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnye kepada komitmen hidup dan minat yang lebih mendalam kea rah yang berlainan.

3 – Band2 lain yang sedang dan pernah dianggotai setiap line up ToTT?
Current line up :

Tiong – Gitar / Vocal
Emi – Bass / Vocal
Ian Han – Drum

Line up2 yang pernah menganggotai TOTT :
Yusmira – Drum (2004)
Kia – Drum (2008)
Alifhu – Bass (2005)
Hanif – Bass (2004)
Azmir – Bass (2007)
Yob – Vocal (2008)
Amir Lam – Vocal (2009)
Syazwan – Gitar (2010)

Tools of the Trade – Live at Obscene Extreme Fest 2012

4 – Pengalaman beraksi di Eropah, mungkin ada beberapa perkara yang ingin ToTT ingin kongsi terutama kepada band2 tempatan yang punya cita2 beraksi di luar negara?
Terlalu banyak untuk di kongsi. Kite bole sembang panjang kalau jumpa di gig2 local berdekatan. Tapi sebahagian yang bole dishare ialah:

  • Persepsi band harus bermula dari akar umbi. Apa yang aku maksudkan the whole idea tujuan utama mengapa band anda diwujudkan. Kalau ia sekadar suka2…suka2 la jadiknya. Cut off dan teruskan niat suka2 tersebut. Sebaliknya jika ianya serius, mula mencari, mula berkawan ,dapatkan direction yang betul. Jangan menunggu dan mengharap orang mencari band anda.
  • Jika mahu band anda pergi jauh, buang terlebih dahulu nilai2 perkauman atau secara lebih halus ‘pro-life’ dan sikap ego yang tinggi. Kerana di luar sana , warna kulit atau tinggi rendah martabat kaum anda tidak akan dilihat. Jika masih ada, sila lupakan.
  • Menghormati hak orang lain. Jika mau orang di luar sana menghormat anda.
  • Mula bekerja keras, minta pendapat dan terima segala kritikan dengan terbuka. Perbaiki kelemahan dan teruskan. Buang sikap ‘orang lama dalam scene’ jauh2. Kuatkan network individual dan jugak band anda. Dapatkan ramai kenalan dari dalam dan luar negara.

Pengalaman terbaik adalah sewaktu beraksi di Obscene Extreme Festival + After Party.

5 – Perubahan sound produksi dari 5 lagu dari 4 way split Eastern Grindcore Unleashed, kemudian album pertama Inmate Consumption dan paling mengejutkan untuk EP Pulse (baca sini) yang sudah mula menampakkan sound professional sebelum Defy (baca sini) yang ternyata punya kualiti terbaek. Boleh ceritakan bagaimana progress ToTT sehingga dapat menghasilkan sound produksi yang bagus seperti yang dihasilkan kini.
Semuanya melalui pengalaman. Belajar dari kesilapan. Untuk 2 tahun pertama kami sebenarnya gagal mendapatkan direction mengenai hala tuju musik kami. Walaupan based kami Grindcore, tapi kamu mahu mencari identity sendiri. So mula dari Pulse dan Defy kami sudah mula mendapat rentak dan hala tuju yang di maksudkan. Semoga momentum ini akan dapat di kekalkan.

6 – Pandangan ToTT berkenaan pergerakan genre grindcore di Malaysia. Adakah menampakkan kemajuan atau sebaliknya?
Aku melihat melalui skop yang terperinci. Merangkumi kualiti dan konsistensisi sesebuah band dan genre tersebut. Untuk menjawab soalan di atas, aku akan katakan Ya. Tapi momentum setara dengan kemajuan ini agak terlalu perlahan dan kebelakang. Kite sama2 harus lebih drastic and progress dengan lebih laju dan focus dengan direction yang betul.

7 – Sejak penghasilan EP Pulse, dilihat ToTT menggunakan sound engineer yang sama iaitu Zahid. Apa kelebihan yang membuatkan ToTT menggunakan khidmat beliau dalam rilisan2 terkini ToTT?
Zahid kebetulan berada dan bertugas di studio untuk rakaman kami yang terkini dan sebelumnya. Kualiti kerja beliau tidak perlu disangkal. Dia memang ‘power’.

8 – Split CD bersama Busuk ternyata lebih kental penangan Grindcore didalam music ToTT dan ianya merupakan rilisan ke2 ToTT dalam 2012. Adakah track2 didalam split CD ini merupakan lebihan track yang terakam semasa rakaman Defy atau track2 baru?
Track TOTT/BUSUK adalah 100 % lagu baru yang di rakamkam oleh kami. Ape yang lebih istimewa untuk track drum ianya telah di mainkan oleh Drummer Baru kami ‘Ian Han’, persedian hanya 4 bulan selepas Kia meninggalkan TOTT. Gile Babi.

9 – Adakah anda semua pemuzik professional atau amatur?
100% amatur.

10 – Band2 grindcore tempatan yang pada ToTT sepatutnya sudah boleh melakukan tour luar dari Malaysia?
Infectious Maggots dan Mass Separation.

11 – Perkara2 yang dipelajari ToTT ketika beraksi dan berkongsi pentas bersama band2 besar antarabangsa?
Perlu lebih yakin dan bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlukan latihan lebih kerap untuk instrument yang akan dimainkan. Sentiasa belajar.

12 – Pendapat ToTT berkenaan band Parkinson?
Salah satu band DIY Malaysia yang komited dan konsisten dalam rilisan dan persembahan pada satu ketika. Telah mencipta nama di luar negara pada peringkat awal lagi.

13 – Napalm Death telah 3 kali ke Malaysia tetapi tiada opening band yang membawa aliran music sama seperti Napalm Death. Mengapa scenario ini berlaku sedangkan kita punya nama2 hebat seperti Parkinson, Damokis, ToTT sendiri, Dosa, Nazzaq dan sebagainya.
Mungkin band itu sendiri belum cukup untuk meyakinkan organiser dan promoter show tersebut. Tepuk dada tanye selera masing2. Kita sama2 memainkan peranan.

14 – Perbezaan yang dilihat ToTT antara pendengar, crowd tempatan dan luar negara (berdasarkan tour Eropah yang telah ToTT lalui)?
Tiada istilah FANS dari kami. Pendengar/crowd musik kami adalah kawan kami. So selalunya tidak ada beza diantara yang luar atau dalam negara. Cuma secara kasar mereka2 yang dari dalam negara lebih terbuka untuk memberikan pendapat yang membina. Apa yang lebih penting kami dan kawan2 yang mengenali lebih bersikap terbuka.

15 – Latihan, stamina dan kesihatan rasanya mempengaruhi persembahan sesebuah band apabila melakukan tour dalam satu2 jangkamasa tertentu. Bagaimana ToTT membahagikan masa untuk latihan sebelum show dan bagaimana mengekalkan tahap kesihatan dalam jangkamasa tour tersebut?
Untuk Tour Europe, kami telah membuat latihan sebanyak 1 atau 2 kali dalam masa seminggu. Tetapi ia berlaku dalam jangka masa yang lama untuk setiap sesi. Fokus dan lebih serius. Untuk mengekalkan tahap kesihatan pada waktu tour, kami meminimumkan aktiviti2 social dan mendisiplinkan pemakanan kami. Nak makan lebih2 pon bukannya ada duit banyak.hahahahahah

16 – Equipment serta gear yang dibawa ToTT semasa tour Eropah baru2 ini?
Minimum.. Bass dan Guitar. Basic equipment for Drum Set. Pedal Distortion dan beberapa Cable yang baru di beli.haha

17 – Siapa yang bertanggungjawap dalam menguruskan hal ehwal tour sebelum berangkat dan semasa di Eropah?
AGIPUNK dan DISANTORO Booking dari Bolona Italy. Persediaan dan perlaksanaan yang di buat sangat rapi dan tepat. Terima Kasih Koppa dan Simone.

18 – Antara album2 yang menjadi rujukan utama ToTT dalam penghasilan lagu2?
Nasum – Helvette, Rotten Sound – Consume to Contaminate, Disrupt – Unrest, Pig Destroyer –  Terrifier, semua rilisan State Of Fear dan beberapa band local dan rakan2.

19 – Kekangan kerja (profesion tetap) kadangkala menjadi penyebab kebanyakan band tidak dapat memenuhi undangan atau tawaran tour luar dari Malaysia. Bagaimana ToTT dapat mengatasi permasalahan ini?
Passion dan semangat. Bila betul2 ada dalam diri kita dan setiap individu di dalam band, Tiada alasan yang dapat di beri. Tiada sebarang halangan yang dapat menyekat.plan, execute dan just GO. Dunia masih luas.

20 – Band2 baru tempatan bergenre grindcore yang punya bakat dan perlu diberi perhatian?
Deforming Torture, Hatred Divisions dan WxIxDxB.

21 – Mungkin ToTT boleh berkongsi cerita berkenaan tahap professional organizer dan band2 yang terlibat didalam sesebuah gig/show semasa tour sebelum ini?
Band harus sampai awal dan sebelum acara bermula. Band akan menunggu crowd untuk hadir dan membantu persiapan sekiranya diperlukan.. Organiser akan menyediakan santapan istimewa (Vegetarian Food). Organiser akan menyediakan ruang untuk band berehat dan beriadah bersama rakan2 yang lain. Setup dan segala persiapan band harus di buat seawal dan sebaik mungkin.

22 – Bagaimana tahap penerimaan pendengar2 luar negara terhadap music ToTT? Barangkali boleh dinyatakan jualan CD dan merchandise ToTT ketika jangkamasa tour berlangsung?
Gile babi. Mereka sangat2 menghargai kedatangan kami. Banyak komen dan feedback yang diterime untuk di perbaiki dari masa ke semasa. Jualan CD dan Tshirt adalah SOLDOUT.

23 – Ok, itu sahaja soalan2 yang kami sediakan, mungkin pihak ToTT ingin menyampaikan kata2 terakhir untuk pembaca sesi temubual ini?
Aku Tiong, wakil dari TOTT mengucapkan terima kasih kepada DtE untuk interview ini. Mari kita sama2 bangun dan terus bergerak untuk memenuhi impian masing2 bersama. Dapatkan direction yang betul, kekalkan konsistensi yang ada, kuatkan semangat, berfikiran terbuka dan pergila melihat dunia luar.

No Rasicm. No Fascism. Grindcore is Protest.

– Ok begitulah sesi temubual kami DtE bersama Tools of the Trade, kuasa baru grindcore tempatan yang telah memecah tradisi menjelajah benua Eropah baru2 ini. Ok, seperti biasa kenali Tools of the Trade melalui link2 yang kami sediakan di bawah.. m/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected