Interview : Daarchlea – Generasi baru extreme metal tempatan
Band yang rata2 masih muda dan pertama kali beraksi pihak DtE menyaksikannya ketika mereka membawakan sebuah lagu cover dari Cradle Of Filth iaitu Dust and her Embrace melalui youtube. Mungkin ketika itu tahap terkejut hanya pada kemampuan vocalist mereka yang punya suara mirip Dani Filth. Namun kemampuan mereka terserlah ketika menjadi finalist ROTTW Soundstage pada tahun … (sori Ed lupa tahun bila..haha) ketika mereka membawakan lagu sendiri yang ternyata boleh bikin pecah kepala. Kini lebih kurang 6 tahun band yang menggunakan nama Daarchlea ini wujud, mereka menjadi antara pelapis generasi metal terbaru tanahair yang sedikit demi sedikit telah mengumpul pengalaman beraksi bersama beberapa nama besar dari luar negara dan kelahiran Live Promo 2009, video klip rasmi dan single terbaru benar2 menunjukkan tahap kemampuan sebenar mereka walaupun masih hijau dari segi peringkat umur. Ok, tak perlu cakap banyak apakata anda luangkan sedikit masa membaca sesi temuramah exclusive antara DtE dan Daarchlea.. enjoyyyyyyyyyyyy!!!!!!
1 – Assalamualaikum dan selamat sejahtera keatas kamu semua. Terlebih dahulu boleh kami tau siapa yang menjawap sesi temubual ini?
Waalaikumsalam w.b.t dan salam sejahtera, DtE. Aiem di sini.
2 – Rasanya terdapat sedikit perubahan dalam line up terkini Daarchlea. Boleh nyatakan setiap line up Daarchlea dalam formasi terbaru ini?
Ya, ada sedikit perubahan dalam line up terkini Daarchlea. Formasi terkini Daarchlea terdiri daripada, Muhammad Firdaus (Firdz) masih selaku vocalist utama di dalam band ini, Zulhelmy Adha (Emme) dan Khairulazizi (Zizie) di posisi gitar, saya sendiri, Muhammad Shairulzaim di posisi bass, dan kemasukan Asyraf Ahmad (Ash) sejak tahun 2009 selaku keyboardist dan backup vocal. Paling terkini ialah dengan kemasukan Wan Rukhairul (Senndart) pada tahun 2010 selaku drummer dan backup vocal, menggantikan tempat drummer asal kami, Mohd Zulkhairy (Ayee) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini.
3 – Boleh ceritakan bagaimana nama Daarchlea dipilih sebagai nama band? Adakah ianya punya maksud tersendiri atau Daarchlea punya jawapan tersendiri disebalik pemilihan nama Daarchlea itu sendiri?
Nama Daarchlea asalnya diambil dari nama sejenis bunga, Dahlia. Ejaan dari “Dahlia” kami ubah ke “Daarchlea” supaya pembawakannya nampak sedikit pelik dan mungkin kedengaran sedikit kasar. It’s a statement towards kita punya typical human mentality yang selalunya judge sesuatu berdasarkan luaran yang dilihat tanpa cuba untuk mengetahui dasar atau akarnya.
4 – Boleh nyatakan genre sebenar yang dibawa oleh Daarchlea? ini kerana ada yang melabelkan Daarchlea sebuah band bergenrekan Black Metal, ada juga yang melabel sebagai Gothic Metal malah ada yang mengatakan Deathcore.
Mengenai hal genre, kami merasakan setakat ini kami selesa di bawah kelompok metal. Kami cuba menggabungkan elemen-elemen yang ada di kelompok Extreme Metal, cuma mungkin kami lebih ke arah bunyian metal yang lebih modern atau “well-produced”. Berbeza dengan bunyi-bunyian old school yang kedengaran lebih ‘harsh’ dan ‘raw’. We just don’t want to define our music yet. Maybe bukan sekarang.
5 – Live Promo pada 2009 merupakan buah tangan pertama Daarchlea secara rasmi. Sepanjang penubuhan Daarchlea sekitar 2006 sehingga lahirnya EP tersebut pernahkah Daarchlea mengeluarkan sebarang demo terlebih dahulu?
Kami ada merekodkan beberapa buah lagu sebelum Live Promo tersebut, ianya hanya untuk simpanan sendiri dan tidak pernah diriliskan.
6 – Bagaimana penerimaan pendengar berkenaan Live Promo tersebut? Berapa unit telah terjual?
Kami menerima banyak pendapat, komen dan juga kritikan yang berbeza dari pelbagai pihak. Alhamdulillah 95% daripadanya adalah komen-komen yang membina dan banyak membantu kami untuk develop muzik kami sekarang. Banyak yang kami pelajari sejak terilisnya Live Promo tersebut. Untuk Live Promo tak banyak yang kami cetak, kira-kira dalam 150 unit yang terjual. Since it’s a promo kami juga berikan percuma ketika live show dan ada yang diserahkan kepada organiser-organiser dan rakan-rakan terdekat untuk tujuan promosi.
7 – Pengaruh awal Daarchlea diawal kemunculan lebih kepada Cradle Of Filth. Terkini band2 apakah yang banyak mempengaruhi penulisan lagu2 terbaru Daarchlea?
Kami masih lagi menggunakan elemen-elemen dari Cradle of Filth sebagai rujukan, cuma kami kini lebih mendalami dan menjadikan band-band seperti Behemoth, Dimmu Borgir, Nile, Deicide, Vader, The Faceless, Fleshgod Apocalypse dan Abigail Williams sebagai rujukan.
8 – Ada rumour mengatakan Daarchlea bakal muncul dengan EP kedua, kenapa memilih EP dan tidak terus melahirkan sebuah album penuh?
Buat masa ni masih lagi dalam proses perbincangan bersama ahli band yang lain. Belum memutuskan untuk mengeluarkan EP ataupun terus dengan album penuh.
9 – Pendapat Daarchlea berkenaan band2 Black Metal yang dilabel sebagai “sold out” seperti Cradle Of Filth dan Dimmu Borgir?
Cradle of Filth adalah sebuah band yang unik dan kreatif, ada cara tersendiri untuk mempelbagaikan lagi muzik mereka, tak kiralah dari segi rakaman album ataupun persembahan live, cuma sekarang ni mereka lebih ke arah muzik yang kedengaran lebih moden. Dimmu Borgir juga mementingkan kualiti dari segi mutu persembahan dan rakaman album. They have their own identities. Itu buatkan mereka mudah dikenali, dan dapat diterima ramai. It’s just a label. Mereka tak rugi apa pun. Mereka cuma buat benda yang mereka suka sampai ke tahap macam tu.
10 – Pernahkah terlintas di fikiran Daarchlea untuk mencuba merakamkan lagu bersama mana2 kumpulan orchestra seperti yang dilakukan band tersohor Dimmu Borgir?
Ada perancangan ke arah begitu. Cuma mungkin bukan dalam masa terdekat.
11 – Sasaran untuk persembahan pentas diluar negara? Wacken barangkali?
Banyak yang kami impikan dan rancangkan, untuk bermain di pentas konsert-konsert bertaraf antarabangsa dan peluang bermain bersama band-band berprofil tinggi. In order to achieve those things, kena put some effort to it. Hopefully ada rezeki soon. Insyaallah.
12 – Boleh nyatakan instrument2 dan gear yang digunakan setiap line up Daarchlea untuk persembahan pentas?
Muhd Firdaus (Firdz) – Vocal
-Shure SM-58
Zulhelmy Adha (Emme) – Guitar
-LTD Standard Series AX-50 tuned “B E A D F# B”
-SX Explorer Custom “Senndart” signature series tuned “B E A D F# B”
-KORG Pitchblack
-BOSS Equalizer
-Electro Harmonix Metalmuff
-D’Addario 12”- 60”
Khairulazizi (Zizie) – Guitar
-LTD Standard Series H-50 tuned “B E A D F# B”
-BOSS Equalizer
-Ibanez Tubescreamer
-KORG Pitchblack
-D’Addario 12”- 60”
Shairulzaim (Aiem) – Bass
-LTD Standard Series B-50 tuned “B E A D”
-Cort Action Custom series tuned “B E A D”
-KORG Pitchblack
-Hartke Bass Attack
-Dunlop Icon Series “Trujillo” 45″-130″
Asyraf Ahmad (Ash) – Keyboard
-KORG X-50
Wan Rukhairul (Senndart) – Drum
-DW twin pedal
-GOODWOOD drumsticks
13 – Pendapat Daarchlea berkenaan kepentingan sesebuah band berada didalam pengurusan label?
Semuanya lebih mudah,terurus dan teratur jika sesebuah band berada di dalam sesebuah label. Depends on label.
14 – Penghasilan video klip Dher Phalse Mesaya. Kenapa video klip ini di rilis terlebih dahulu sedangkan album atau EP masih didalam proses rakaman? Bukankah video klip merupakan salah satu promosi sebelum munculnya album mahupun EP? Pendapat dan mungkin Daarchlea punya jawapan berkenaan hal ini.
Video klip Dher Phalse Mesaya direkod dan dirilis di atas tujuan mempromosikan konsep muzik kami. Sebelum ni ramai yang mungkin tidak berapa faham dengan konsep, konten dan arah tuju muzik kami. Untuk first phase kami try create ‘vibe’ untuk buat orang faham atmosphere they’re in bila dengar lagu kami, dengan hanya menggunakan audio. After a while, kami decide untuk teruskan with second phase dengan menggunakan visual untuk membuat mereka di luar sana lebih memahami arah tuju dan konten muzik kami. Mungkin ramai yang hairan dengan perubahan muzik kami sekarang. Mereka mungkin memahaminya nanti, sedikit demi sedikit. It’s all part of the plan.
15 – Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan rakaman terbaru yang sedang dilakukan Daarchlea?
Buat masa ini kami di dalam proses Pre-Production untuk rilisan seterusnya. Masih di dalam proses writing dan composing. Mungkin rakaman seterusnya akan dimulakan pada penghujung bulan Jun atau pada awal bulan Julai.
16 – Mungkin boleh nyatakan band2 sealiran Daarchlea yang perlu diberi perhatian oleh pendengar di luar sana?
Untuk mereka-mereka yang berminat dengan jenisan muzik seperti yang Daarchlea bawakan, tumpuan patut diberikan pada band-band metal tempatan yang kian meningkat naik seperti Sammael Abraham, Symbiotic in Theory, dan Nothing Underneath.
17 – Single bertajuk “Qhilav” yang baru diperdendangkan membawa pelbagai reaksi namun bagi kami pihak DtE, kami dapat menyimpulkan Qhilav serta Dher Phalse Mesaya punya elemen clean vocal walaupun tidak seperti ICS Vortex di dalam Dimmu Borgir. Adakah ini satu percubaan baru didalam music Daarchlea atau Daarchlea punya jawapan tersendiri?
Ya, elemen clean vocal seperti yang dapat didengar pada Qhilav dan Dher Phalse Mesaya adalah perubahan terbaru yang kami cuba ketengahkan di dalam muzik kami. Sukar untuk kami olahkan, tapi banyak rujukan yang terpaksa digunakan untuk memasukkan clean vocal ke dalam lagu-lagu kami.
18 – Apa reaksi band2 lama terhadap Daarchlea?
Semuanya okay buat masa ni, tak pernah pula lagi dengar apa-apa yang buruk.
19 – Gig atau konsert terbaik pernah Daarchlea sertai?
Rock The World : Adrenaline pada tahun Disember 2011, dan Arch Enemy Live & Kaos Kuala Lumpur yang berlangsung April yang lalu. Memang satu pengalaman yang baru buat kami semua.
20 – Pengalaman menjadi opening beberapa band antarabangsa seperti Arch Enemy, Suicide Silence, Impiety. Apakah yang dapat dipelajari Daarchlea sepanjang berkongsi pentas bersama band2 bertaraf antarabangsa ini?
Ketelitian penting. Daripada segi persediaan, kualiti sound dan persembahan. Banyak yang kami pelajari daripada mereka. Persediaan dari segi management, instrument dan kesihatan. Semua perlu dalam keadaan baik dan terurus. Sound penting untuk kepuasan diri setiap ahli band dan juga penonton. Dari banyak segi kena ambil kira.
21 – Penukaran logo ke design baru ketika lahirnya single Qhilav. Mungkin punya maksud perubahan music direction atau sebaliknya?
Sedikit sebanyak mempengaruhi. Dari segi kualiti sound dan juga direction music Daarchlea nanti.
22 – Band seangkatan Daarchlea iaitu Massacre Conspiracy telah jauh menimba pengalaman sehingga ke Kanada. Bila agaknya Daarchlea akan membuat persembahan luar dari Malaysia? Apakah ada usaha2 Daarchlea ke arah itu?
Jika ada peluang yang diberikan pada kami semua satu hari nanti, pasti akan kami usahakan juga untuk membuat persembahan luar dari Malaysia. Cuma buat masa sekarang ni kami lebih menumpukan dari segi membina imej dan kualiti Daarchlea.
23 – Imej dan music bawaan sesebuah band. Apa pendapat Daarchlea berkenaan hal ini?
Keduanya perlu selaras. Imej penting bagi sesebuah band dan imej yang bersesuaian dengan music band tersebut perlu sesuai. Kalau ada kombinasi ini, it will boost the band dengan lebih cepat.
24 – Jika dilamar syarikat rakaman terkemuka dunia dan perlu menandatangi tour serata dunia, adakah Daarchlea berani menyahut peluang ini?
Depends on the terms. What they have to offer, what we have to do.
25 – Ok, itu sahaja soalan2 dari kami, kata2 terakhir Daarchlea kepada mereka2 yang membaca temubual ini?
Kami hendak berterima kasih tak terhingga kepada pihak DtE kerana sudi meluangkan masa untuk menemubual kami semua. Kepada mereka-mereka yang masih belum mendengar single terbaru kami bertajuk “Qhilav” yang baru dirilis pada Mei lalu, kalian boleh rujuk pada profile facebook kami ataupun di Youtube. Dan kepada semua pendengar-pendengar dan rakan-rakan di luar sana yang masih setia bersama kami, thanks a lot and keep supporting us! Assalamualaikum.