Impious Blood – Temple of Flesh, Pillars of Bones (Demo 2013)

0

Impious Blood merupakan sebuah projek one men band yang diteraju oleh A. Black Blood. Beliau sebenarnya turut terlibat dalam sebuah lagi projek iaitu Throns of Hate (pernah menyertai beberapa siri gig dan melahirkan sebuah demo dalam format tape bertajuk Abominable Triumph of Heresy pada 2010 dan sebuah EP dalam format vinyl oleh sebuah label dari Poland iaitu Kampf Records bertajuk Heretical Dawn of Apocalypse pada 2011). Selain itu beliau juga pernah bersama 2 buah band iaitu Nefarious Azarakh dan Envenom. Berpegang teguh kepada genre gelap yang mementingkan sound dan arrangement old skool, sekali lagi beliau muncul bersama sebuah projek terbaru bertajuk Temple of Flesh, Pillars of Bones dibawah nama Impious Blood.

 A. Black Blood – Everything..

Artwork oleh NothingSacred.
Logo oleh Gragoth
Layout design oleh Zizi dan Ironwork
Tracklist :
1 – Intro
2 – Thorns of Malice
3 – Interlude
4 – Impious Temple of Flesh & Bones
5 – Outro

Temple of Flesh, Pillars of Bones melalui proses rakaman di Impious Temple dari 2012 sehingga 2013. namun tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap didalam proses rakaman, mixing dan mastering. 

Dari 5 track yang dihidangkan iainya terdiri dari 3 track tidak bervocal iaitu Intro, Interlude dan Outro yang sekadar menggunakan sound sample manakala 2 lagi track menyaksikan track penuh bermuzik serta punya vocal.

Throns of Malice yang berdurasi 3 minit 9 saat bermula tanpa sebarang tanda. Terus menyerang dengan deruan serta paduan drum beserta riffing gitar yang straight forward. Cara nyanyian yang juga agak straight forward agak menggerunkan dari segi penyampaiannya. Song arrangement masih punya flow turun naik nya walaupun didominasi dengan tempo laju dan pantas.

Impious Temple of Flesh & Bones menjadi track bervocal kedua dengan durasi 3 minit 39 saat. Bermula dengan riffing yang cukup Old Skool dan kelam. Pengaruh Beherit mungkin dapat dikesan untuk track ini. Susunan dan stroke drum agak pantas dan punya elemen Orthodok Black Death Metal.

Jika di amati, sound dan music garapan Impious Blood lebih kearah Beherit, Samael, Archgoat, Blasphemy dan seangkatannya. Walaupun dibawah kepompong Black Metal namun feel Death Metal agak jelas kedengaran pada setiap lagu yang dihasilkan. Jika bersama projek sebelum ini iaitu Throns of Hate, gua merasa seperti pengaruh Sarcofago ada didalam lagu2 ciptaan menerusi Abominable Triumph of Heresy, kini kesan pengaruh tersebut seakan sedikit pudar untuk Impious Blood. Basic arrangement dalam struktur penciptaan lagu2 yang mudah iaitu 4X4 adalah seperti sesuatu yang wajib untuk mengekalkan mood Old Skool dalam setiap lagu yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan copies anda untuk Temple of Flesh, Pillars of Bones, ia nya dirilis dalam 2 bentuk format iaitu pro-tape dan juga CDR. Hubungi Nexro Records melalui email yang kami sediakan dibawah dengan harga tape – RM8 atau CDR dengan harga RM10. Dengarkan sample lagu2 yang kami sertakan dibawah untuk memahami kegelapan music Black Death Metal dari Impious Blood.

Impious Blood – Interlude / Impious Temple of Flesh & Bone

Impious Blood
Email
Blogspot
Facebook
Bandcamp

Nexro Records
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected