Hyponic – 前行者 (Full Length, 2016)

0

Saya menggemari Doom Metal, tidak kiralah Death-Doom, Gothic-Doom, Stoner-Doom atau Traditional Doom Metal, saya menyukainya selagi berat nak mati. Berbeza pula dengan Funeral Doom Metal, saya sukar untuk menghargainya melainkan ada ‘x-factor’ yang mampu buat saya kekal dengar sampai habis (maklum saja Funeral Doom lagunya panjang-panjang belaka dengan tempo yang maha lembab). Saya mendapati saya sekali lagi berada di crossroad apabila menerima pek promo daripada Unit Funeral Doom Metal/ Ambient/ Whatever dari Hong Kong bergelar Hyponic. Mereka telah menerbitkan album ketiga mereka iaitu 前行者 sempena ulangtahun ke-20 mereka pada bulan Ogos.

1. 前行者
2. 誅滅零八
3. 最後陳述
4. 寧劈不回
5. 飄流
6. Intro (Virus cover)

Album 前行者 ini bagaikan tidak mempunyai struktur yang jelas. Permainan instruments yang lebih kepada mewujudkan atmosfera yang terrifying dan membangkitkan rasa despair. Sekali dengar macam Blut Aus Nord pula. Ditambah pula dengan pace lagu-lagu yang super perlahan dengan vokal yang terseksa (ada kalanya macam chanting), makin terasa pula seperti terkurung dalam vortex yang penuh gemaan sonik. Pada saya, 前行者 menggabungkan Noise, Ambient, Drone dan Funeral Doom dalam satu dengan hint Black Metal di beberapa tempat. Yang penting, 前行者 adalah terbitan yang membangkitkan rasa despair dan dark, haha. Jika anda mencari sesuatu yang pantas dan teknikal, 前行者 bukan album yang patut didengar.

Kebanyakan trek mempunyai dinamik dan feel yang serupa, dan saya mengesyaki ia adalah satu trek panjang yang dipecah-pecah kepada bahagian kecil, apatah lagi transition antara trek yang seamless. Pendekatan sebegini membuatkan pendengar lebih hanyut dengan permainan Hyponic yang mengetengahkan permainan gitar yang meliar tanpa hala-tuju dan gemaan yang terrfiying. Untuk mereka yang inginkan soundtrack yang dark dan mungkin disturbing, anda patut dengar 前行者.

Untuk peminat: Sunn O))), Funeral Moth, Blut Aus Nord, The Mount Fuji Doomjazz Corporation.


Dapatkan 前行者 di sini.
Layari Facebook Hyponic di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected