Hurricane – In Vein (2013)

0

Gua mula mengetahui kewujudan Hurricane apabila terbaca bahawa line up band ini adalah terdiri dari beberapa line up Devilica (RIP). Hasil pencarian maklumat lain, gua mendapati band ini juga terdiri dari serpihan line up Kinsfolk (RIP). Seandainya terdiri dari bekas line up Devilica gua menggambarkan music mereka sukar untuk lari dari pengaruh mereka dahulu iaitu The Dillinger Escape Plan. Menguatkan lagi tekaan gua apabila Hurricane merupakan antara opening act untuk tour The Dillinger Escape Plan yang menggegarkan Kuala Lumpur sebelum ini. Menjadikan Tampin, Negeri Sembilan sebagai tempat permastautinan, Hurricane telah ditubuhkan pada 2011 dan sekali bertukar line up sebelum menghasilkan demo 2 lagu sebelum merakamkan 10 buah lagu dimana 8 daripadanya boleh dihadam melalui album penuh yang menemui pendengar pada 8/6/2013 dengan menggunakan tajuk In Vein.

Ateng (Vocal), Malik (Drum), Razak (Gitar), Aizat (Bass)

Cover artwork oleh Shutterscream
Layout design oleh Syahir
Tracklist :
1 – Wave of the Dreamer
2 – In Vein of Ruthless Years
3 – Rise of the Phoenix
4 – The Promise
5 – Fire and Ice
6 – Rubin Hurricane Carter
7 – Trial for the Hungry Wolves
8 – Lost

In Vein melalui proses rakaman di Greenhouse Studio sekitar Ogos sehingga November 2012. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom. 3 buah label bersama meriliskan album ini iaitu Dogma Artistic Guerrilla, Pissart Records dan Stoneville Records.

Wave of the Dreamer merupakan track pertama yang berupa sebuah instrumental yang kedengaran agak drone sebelum suku terakhir lagu membawa kepada riffing gitar yang masih sukar diramal genre sebenar untuk pertama kali mendengarnya.

In Vein of Ruthless Years tidak memberi sebarang ruang dengan pantas music menyerang bersama jeritan vocalist mereka. Chorus yang agak emo bunyi nya bersesuaian dengan gaya nyanyian pada chorus tersebut. Gua dapat menghidu untuk suku terakhir lagu ada sedikit bau2 formula riffing The Dilinger Escape Plan.

Rise of the Phoenix punya struktur penciptaan lagu yang agak kompleks. Gua agak sedikit teruja dengan riffing broken chord yang sedikit odd signature selepas separuh lagu dimainkan.

The Promise secara keseluruhan kedengaran agak beremosi dan punya struktur lagu yang agak perlahan temponya jika dibandingkan dengan track2 awal. Cuma sedikit laju dipenghujung lagu dengan attack yang menarik.

Fire and Ice merupakan antara track paling ganas dan laju. Agak padat struktur lagunya dan punya kepelbagaian elemen didalam lagu ini seperti hardcore, emo dan metal. Masih mencabar kemampuan diri dengan menyelitkan beberapa permainan odd signature dan ternyata mereka berjaya melakukan dengan sekata.

Rubin Hurricane Carter dari awal lagi sudah bikin gua sedikit teruja. Heavy, pantas dan susunan riffing bukan 4X4. haha.. Kredit pada drummer yang nampak agak hebat stroke nya untuk track ini. Pertengahan lagu kedengaran paling beremosi dengan tempo sedikit perlahan sehingga flow menurun seakan mendengar band drone.

Trial for the Hungry Wolves pula pada pertama kalinya dengar seakan mendengar Rage Against The Machine. Hahaha. Mungkin dari riffing pertamanya tetapi ianya berubah ketika verse pertama dan menjadi pantas untuk verse kedua. Ermm masih kuat lagi pengaruh The Dillinger Escape Plan.

Lost merupakan track terakhir yang agak chaotic. Bersesuaian diletakkan sebagai track terakhir. Riffing pelbagai dan sedikit bermelodi diserapkan dalam penciptaan lagu ini walaupun sedikit. Drum stroke masih pelbagai dan kreatif.

Untuk membayangkan adakah Hurricane masih dibayangi Devillica mungkin masih ada pengaruhnya walaupun kedengaran bahawa Hurricane cuba lari dari persamaan apa yang mereka lakukan ketika bersama2 Devillica dahulu. Dengan elemen yang pelbagai gua masih nampak genre Mathcore mendominasi kesulurhan music Hurricane walaupun selingan elemen emo, hardcore, punk dan metal diserapkan dalam music garapan mereka.

Dari segi teknikal dan sound produksi, In Vein sudah mencapai tahap terbaek sebuah profesional album. Kredit pada drummer yang nampak begitu kreatif mempelbagaikan permainan nya dalam memastikan setiap riff yang tercipta bersesuaian dengan stroke dari nya.

In Vein pada hari launchingnya telah dikeluarkan dalam bentuk boxset yang mengandungi digipak CD, official tee (gildan quality), batch, patches, giant poster serta sticker dengan harga RM45 sahaja dan selepas itu menjadi RM50 by hand dan RM60 by post. Ketika menulis review ini gua beranggapan pakej boxset ini sudah kehabisan memandangkan ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti 50 unit sahaja. Untuk mendapatkan CD berbentuk digipak ini anda boleh menghubungi label2 yang dinyakan dibawah dengan harga RM15 by hand atau RM20 by post.

 
Hurricane – Fire and Ice (Preview)
 
 
Hurricane – Live

Hurricane
Email
Official Homepage
Facebook
Twitter

Booking
Email

Label
Dogma Artistic Guerrilla
Pissart Records
Stoneville Records.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected