Hafyukal – Sumangat Tok Janggut (EP 2013)

0

Hafyukal sebuah band yang agak misteri berasal dari Selangor. Telah muncul dengan beberapa rilisan seperti Promo 2012, split CD bersama sebuah band Harlotnymph bertajuk Pertempuran Daeng dan terbaru mengeluarkan EP 4 lagu bertajuk Sumangat Tok Janggut. Membawa genre yang agak kemelayuan mungkin sesuai juga dilabelkan music garapan Hafyukal ialah Eastern Folk Metal memandangkan lirik2 tulisan mereka juga lebih kearah budaya tradisional Melayu Nusantara. Hafyukal dianggotai oleh 3 pemuda iaitu Panglima Kendak – Vocal/Bass, Panglima Dewata – Guitar dan Panglima Sireh – Drums

Tracklist :
1 – Introduction
2 – Perjalanan Saudara
3 – Amalan Pemandian Keris
4 – Sumangat Tok Janggut

Sumangat Tok Janggut melalui proses rakaman home studio untuk setiap instrument manakala untuk rakaman suara dilakukan di Mayhem Studio, Subang. Metal Porn Productions telah mengeluarkan EP ini dalam format kaset dalam kuantiti limited iaitu 100 copies sahaja.

Introduction yang menjadi pembuka kepada EP ini adalah sebuah instrumental dimana alatan music tradisonal digunakan iaitu serunai dan gendang jelas menunjukkan semangat Kemelayuan yang mahu ditonjolkan dalam arah tuju music Hafyukal.

Perjalanan Saudara menjadi track bervocal pertama dimana gua boleh simpulkan bahawa Hafyukal punya idea yang baek dalam penciptaan lagu. Tahap permainan instrument juga boleh dibanggakan serta riffing bermelodi yang mengingatkan gua pada hasil terdahulu dari As Sahar. Lirik untuk lagu ini bersifat positif dan seakan mengajak pendengar menuju kejalan keinsafan sebelum menjelang kematian.

Amalan Pemandian Keris pula menjadi track pilihan gua untuk EP ini. Sebuah track yang paling catchy dari segi riffing dan struktur penciptaan lagu yang punya flow tersendiri. Hafyukal bijak memainkan melodi mengikut feel dalam susunan lagu. Liriknya pula terus tterang menjurus kearah ritual tradisi Melayu dalam amalan yang dilakukan dalam dunia persenjataan dan pertempuran.

Sumangat Tok Janggut yang menjadi tajuk EP ini juga menarik dari segi penciptaan lagunya. masih punya idea yang baek dan kemampuan mengembangkan riffing supaya tidak meninggalkan kesan2 kosong harus dipuji. Juga punya flow turun naek lagu yang bagus. Lirik yang seakan menyeru agar bersemangat juang dalam mempertahankan keadilan seperti apa yang dilakukan oleh pahlawan dalam sejarah Tanah Melayu iaitu Tok janggut.

Secara teknikalnya, Sumangat Tok Janggut merupakan sebuah EP yang amat bagus. Hasil akhir yang dipersembahkan juga sesuatu yang boleh dibanggakan dan mungkin sedikit sahaja lagi boleh mencapai tahap profesional album. Dari segi kawalan instrument, pemain gitar Hafyukal punya potensi untuk maju kehadapan. Idea2 dalam penghasilan riffing harus dipuji. Mungkin sedikit kerugian dalam setiap lagu yang dimuatkan ialah tiada solo gitar kerana pada gua, struktur lagu sebegini akan lebih mengancam jika diselitkan solo2 gitar yang lebih bermelodi. Untuk cara penyampaian suara mungkin kedengaran agak merbahaya dimana scream yang jelas menjerumus kearah Black Metal. Seperkara yang harus atau agak mendukacitakan ialah penggunaan drum machine dalam kesemua lagu. Ini mungkin antara rakaman pertama Hafyukal dan gua harapkan untuk material selepas ini Hafyukal akan menggunakan drum sebenar untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

Beberapa label telah berusaha mengeluarkan material Hafyukal untuk setiap keluar dan untuk keluaran rasmi EP Sumangat Tok Janggut ini pihak Metal Porn Production telah bertanggungjawap dan mengeluarkan dalam format pro-tape dengan kuantiti limited 100 copies sahaja. Dapatkan Hafyukal – Sumangat Tok Janggut (EP 2013) dengan kadar segera sebelum kebahisan. hubungi Metal Porn Production untuk copy anda dengan harga RM10/tape.


Hafyukal
Email
Facebook

Metal Porn Productions
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected