Grá – Ramsvarta Tankar (Single 2017)

0

Grá merupakan band beraliran Black Metal dari Stockholm, Sweden. Ditubuhkan sekitar 2010, menghasilkan 2 buah EP, 2 buah album penuh, sebuah single pada 2014 dan sebuah split bersama Gnosis of the Witch. Terkini setelah berlaku penarikan diri beberapa line up (line up asal adalah Heljarmadr – Cursed 13, Dark Funeral, Domgård, ex-Diabolic Lust, ex-Cursed 666 dan Dimman –     Cursed 13, Spazmosity, When Nothing Remains, ex-Cryptic Art, ex-Nocturnal Damnation, ex-Nocturnal Domination, Ztringtroza, ex-WAN, ex-Faceless, ex-Niðurdrepandi, ex-Saphier) disamping Maugrim (Cursed 13, ex-Vargagrav, ex-Hydra), Grá telah disertai oleh Natt (ex-Horde of Hel, ex-Dark Funeral, ex-Withershin) diposisi guitarist dan Vediger (ex-Diabolic Lust, ex-Symphony of Malice) di posisi bass. Line up ini terlibat dalam rakaman terbaru dimana pada 24 March 2017, mereka akan tampil bersama single bertajuk Ramsvarta Tankar yang mengandungi 2 buah track yang akan dikeluarkan oleh Carnal Records.

 Dimman (Drums), Vediger (Bass), Heljarmadr (Vocals), Natt (Guitars), Maugrim (Guitars)
Tracklist :
 1 – Ramsvarta Tankar
2 – Osculum Obscenum (Lord Belial Cover)

Dua buah track yang terkandung dalam single ini agak sukar untuk diadili tahap kekuatannya, namun yang nyata Grá seakan kembali ke method lama penulisan lagu. Akan tetapi sound produksi single ini adalah memuaskan dan bersifat profesional.

Ramsvarta Tankar yang merupakan tajuk single ini boleh dikatakan track yang punya flow yang baik untuk tempo yang laju dan perlahan. Black Metal bawaan Grá mungkin tidak sekejam Marduk dan angkatan logam gelap yang benar2 ekstrim. Grá lebih kepada mood dalam penyampaian lagu itu sendiri. Mereka ada ‘soul” untuk music sebegini dan tahu apa yang perlu dalam komposisi lagu2 mereka. Untuk track pertama ini gua sukakan sound bass yang agak “lemak” dan mengikut tepat setiap hentakkan pedal oleh Dimman (drummer).

Lagu saduran dari lagenda Black Metal Sweden iaitu Lord Belial bertajuk Osculum Obscenum yang diambil dari album Kiss the Goat (1995) mungkin boleh diklasifikasikan sebagai berjaya dibawa dengan baek. ini mungkin satu tribute penghormatan kepada otai Black Metal Sweden. Seperkara yang boleh dikatakan rakaman ini mungkin adalah lebih cantik, bersih dan modern jika dibandingkan dengan versi asal yang punya sound yang agak klasik jika didengar masakini.

Kenali Grá melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video live full set mereka di bawah ini. Juga untuk pembelian sila hubungi Carnage Records juga melalui link yang disediakan.

Grá – “The Apoteos Ritual” Live at Klubben, Stockholm 2014 (Full Show)

Grá
Email
Official Website
Facebook
Youtube 

Carnal Records
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected