Glistening Redchair – FIRSTCUT//ETERNALPAIN [Single, 2022]
Projek Alternative Metal dari Malaysia, Glistening Redchair baharu saja mengeluarkan single berjudul FIRSTCUT//ETERNALPAIN di penghujung 2022. FIRSTCUT//ETERNALPAIN menyaksikan Glistening Redchair bereksperimentasi dengan sound Metallic Hardcore dan Dissonant yang chaotic dan blistering bagaikan dihujani tumbukan Kenshiro dalam manga Pencak Nujum.
I am strangely attracted with the playing dalam FIRSTCUT//ETERNALPAIN yang noisy dan nonsensical. Pendengar akan mendapati FIRSTCUT//ETERNALPAIN tidak mempunyai struktur yang jelas, hanya relentless audio assult yang berbaur antara Metal dan Hardcore di samping vokal menjerit bagai terkeluar anak tekak menceritakan trauma yang dihadapi dan susah-payah mengatasinya. FIRSTCUT//ETERNALPAIN terasa seperti pengalaman yang cathartic yang tak boleh digambarkan dengan tenang, sebaliknya dihamburkan penuh amarah dan kecewa.
Sebagaimana permulaannya yang tak dijangka, FIRSTCUT//ETERNALPAIN berakhir dengan mengejut tanpa tanda. Iyelah dengan huru-hara back to back dan tempo yang blazing fast, memang tak boleh agak langsung. Saya rasa ia adalah sebuah trek yang cool dan edgy, serta merupakan departure daripada sound terbitan sebelum-sebelum ini. Adakah Glistening Redchair akan mengikuti stail sebegini menjelang 2023? Personally, saya nak juga tengok mereka (eh ni projek solo ke saya pun tak tau) go crazy dengan stail chaotic macam ni.
FIRSTCUT//ETERNALPAIN kini terdapat dalam format muat turun dan strim digital.
FFO: Converge, Daughters, The Dillinger Escape Plan, The Number Twelve Looks Like You
1 thought on “Glistening Redchair – FIRSTCUT//ETERNALPAIN [Single, 2022]”