Gig Report – Day of Suffering LIVE

0
Day of Suffering

Nampaknya banyak show yang betul-betul pulun sebelum masuk puasa. Day of Suffering anjuran Cacophonous Inc. adalah salah satunya yang berlangsung pada 9 Mac 2024 di Merdekarya. Show pure Death Metal ini menampilkan 4 band-band Death Metal yang garang iaitu Obscurial, Sammael Abraham, Ursula (dari Singapura) dan Lavatory. Disrotten sepatutnya bermain tetapi membatalkan kemunculan atas sebab peribadi.

Day of Suffering juga adalah acara pelancaran untuk ‘Oblivion’ iaitu EP terbaru Sammael Abraham, band Modern Death Metal dari Ipoh dan juga sneak peek ‘Heretic’, album akan datang Obscurial.

Day of Suffering dilangsungkan di Merdekarya yang intim dan sempoi, dengan crowd yang full house dan sebenarnya muat lebih kurang 60 orang, jadi terasa macam parti pun ada. Venue ini menampilkan bar dan juga merchandise booths yang anda boleh bayangkan betapa padatnya pada hari tersebut. Day of Suffering juga adalah acara pelancaran untuk ‘Oblivion’ iaitu EP terbaru Sammael Abraham, band Modern Death Metal dari Ipoh dan juga sneak peek ‘Heretic’, album akan datang Obscurial, jadi crowd sebenarnya datang dengan expectation lah, and they were not disappointed.

Obscurial

Obscurial memulakan ritual Day of Suffering dengan sonic assault yang intense. Nampak tak sabar nak tayangkan buah tangan terkini mereka yang keluar April nanti. Memainkan trek-trek daripada EP dan album pertama mereka, crowd dijamu dengan Death Metal ala USDM, terutamanya berpaksikan Morbid Angel and the likes. You gotta love the atmosphere, the build-up and the stage presence. Gitar yang kaya dengan slide harmonics, face punching riffs, chaotic divebombs, ditabur drumming rabak dan vokal yang monstrous, it made you wonder how would Heretic would sound. Actually, siapa yang datang will get the idea lah. The crowd, walaupun dalam venue yang padat tahap tin sardin, membalun berpusing moshing sebagai tanda approval. Sick as shit.

Gitar yang kaya dengan slide harmonics, face punching riffs, chaotic divebombs, ditabur drumming rabak dan vokal yang monstrous, it made you wonder how would Heretic would sound.

Sammael Abraham

Band yang dah lama mendiamkan diri dan unexpectedly membuat comeback, Sammael Abraham tampil dengan gaya Modern Death Metal ala Job for a Cowboy dan Suffocation (among other style la). Persembahan mereka didemonatrasi dengan guitar works yang complex, drum yang intense, vokal yang snarling menjadikan set mereka very enjoyable. Ini dibuktikan dengan pit yang huru-hara melihat penonton semakin agresif. Show ini juga merupakan release show untuk EP mereka, jadi memang bertuah lah siapa yang datang dapat melihat band era Myspace ini kembali aktif. Saya siap dengar penonton yang teruja menyatakan ‘weh ni band zaman Myspace niiii!’ yang buat saya tersengih sendirian.

Show ini juga merupakan release show untuk EP mereka, jadi memang bertuah lah siapa yang datang dapat melihat band era Myspace ini kembali aktif.

Ursula

Ursula, unit Death Metal Singapura pula menyusul mengambil alih pentas. Ursula yang saya teka berkiblatkan USDM seperti Morbid Angel dan Possessed menghenyak pendengaran hadirin dengan permainan yang violent dan sadis. Vokalis utama yang merangkap gitaris kelihatan obses dengan solo gitar bersulam harmonics. Untuk sebuah band baharu, Ursula boleh dikira agak tight dengan sloppiness yang minimal. Mereka juga baharu mengeluarkan debut demo pada bulan ini, jadi please check them out.

Untuk sebuah band baharu, Ursula boleh dikira agak tight dengan sloppiness yang minimal.

Lavatory

Lavatory selaku band terakhir pada malam ini terus mengambil alih pentas selepas Ursula. Andy selaku gitaris utama band ini tidak dapat beraksi disebabkan cedera (tetapi tetap hadir!) dan Khairul Azwan bassist asal Lavatory mengambil alih posisi gitar. Sekalipun hanya menggunakan gitaris undangan dan hanya satu gitar saja, sound Lavatory tetap berkerak, berapi dan jijik umpama limbah. Tone Swedeath mereka, dilengkapkan dengan drumming yang precise lagi inhuman (laju daripada studio version!), bass yang berdentum serta diperhebat dengan hamburan vokal yang liar tak terkawal. Hadirin memang all out dengan jasad mula berterbangan di pit, alang-alang show dah hampir ke penghujung. 

Sekalipun hanya menggunakan gitaris undangan dan hanya satu gitar saja, sound Lavatory tetap berkerak, berapi dan jijik umpama limbah.

Ritual Day of Suffering tamat sekitar 12 malam dengan hadirin cukup berdisiplin mengosongkan venue dan pulang (memandangkan Merdekarya berada di kawasan perumahan) tetapi sebelum tu ada yang sempat menyambar merchandise oleh vendor dan band-band yang terlibat. Secara amnya, Day of Suffering mempunyai kehadiran full house, judging daripada space Merdekarya yang kecil namun ramai kelihatan teruja menghadiri show yang total Death Metal, dengan campuran band lama, baharu dan juga kembali aktif. Melihat sambutan yang baik ini, mungkin ada potensi untuk edisi kedua Day of Suffering, hopefully!

Lebih banyak foto boleh ditemui di laman Facebook Dissecting the Euphony.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *