Gig Report – Damien Rice LIVE in Malaysia 2023
Intim, intentional dan personal adalah tiga perkataan yang saya mampu ungkapkan untuk menggambarkan persembahan singer/songwriter dari Ireland, Damien Rice, pada 7 Jun 2023 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Damien Rice yang mula popular dengan album solo pertamanya, O pada 2002 telah menjadi inspirasi ramai artis selepasnya (seperti Ed Sheeran) terkenal dengan suaranya yang raw dan lirik puitis meruntun jiwa.
Honestly, show Damien Rice yang malap pencahayaannya memberi vibe macam lepak luar rumah sambil dengar kawan mainkan gitar menyanyikan lagu jiwang.
Disaksikan 1500 peminat yang bersedia untuk dibuai melodi dan lirik melankolik, persembahan Damien dibuka oleh oleh artis tempatan, Liesl May, dengan tiga lagu yang tak kurang indahnya iaitu Headstrong, The Trip dan Solace.
Damien kemudian muncul di sebalik kegelapan dengan hanya satu lampu spotlight yang samar-samar yang dipancarkan dan memulakan persembahan beliau dengan lagu The Professor & la fille danse. Honestly, show Damien Rice yang malap pencahayaannya memberi vibe macam lepak luar rumah sambil dengar kawan mainkan gitar menyanyikan lagu jiwang.
Persembahan Damien Rice di Malaysia dilengkapi dengan set yang ringkas menggunakan beberapa buah gitar, piano dan iringan cello dan vokal Francisca Baretto. Menjadi minimal tidak bermaksud persembahan Rice akan punya kekurangan. Bagi pendapat saya, ini, bersama intentional minimal lighting, adalah a perfect setting untuk mood persembahan malam itu. Rasa seolah-olah dalam dewan tersebut hanya ada kamu dan dia ditemani suara angelic dari Francisca, berkongsi rahsia dan cerita waktu lama.
Menjadi minimal tidak bermaksud persembahan Rice akan punya kekurangan.
Damien mendendangkan hampir 17 lagu pada malam itu daripada beberapa album beliau tetapi yang tetap menjadi pilihan penonton adalah lagu-lagu dari album sulungnya iaitu O. Para peminat dilihat menyanyi bersama lagu seperti Delicate, Cannonball, Volcano, Amie, Cold Water dan sudah tentunya, The Blower’s Daughter. Lagu-lagu popular dari album lain beliau juga seperti 9 Crimes, Coconut Skins, The Box, I Remember turut dipersembahkan pada peminat.
Pemilihan Plenary Hall bagi saya agak formal untuk artis yang lebih sempoi seperti Damien. Macam faham-faham pulak, untuk 40 minit terakhir Damien menjemput semua penonton untuk maju ke hadapan pentas untuk lebih dekat padanya. Penonton tidak melepaskan peluang ini dan mengerumuni pentas hadapan dengan Damien Rice duduk serapat mungkin kepada penonton sambil menyanyikan Behind Those Eyes bersama Francisca. Ini bagi saya sesuatu yang instinctive dan thoughtful dan memberi momen yang istimewa kepada penonton yang hadir pada malam itu. Macam saya cakap tadi, seakan lepak dengan kawan aje gayanya.
Bagi saya, Damien seorang penghibur yang berbakat dengan suara raw yang meresap ke dalam jiwa. Beliau juga bagi seorang yang thoughtful dan pandai read the room. Sekali-sekala dia akan bergurau dengan penonton untuk memecahkan kebosanan dan untuk lagu yang lebih intense, setting cahaya yang berkelipan laju dan terang digunakan untuk menekankan aspek emosi berat yang dibawa lagu tersebut seperti yang dilakukan dengan lagu I Remember. Showmanship, kualiti bunyi dewan yang jelas dan permainan lighting yang bijak memberikan impak yang baik kepada keseluruhan persembahan beliau untuk kali ini. Dan honestly, he sounded better than studio version!
Konsert tamat pada kira-kira 10.40 malam, dan saya meninggalkan Plenary Hall KLCC dengan rasa yang puas hati dan tenang, seakan menemui closure. Show ini mungkin paling suram pencahayaannya yang saya pernah datang, tapi cukup berkesan untuk saya menumpukan sepenuhnya kepada muzik dan nyanyian Damien Rice. Zero distraction! Damien Rice Live in Malaysia dibawakan khas oleh Lushington Entertainment. Terima kasih kepada Sambal Lab kerana menjemput saya!