Extirpation – A Damnation’s Stairway to the Altar of Failure
Jaga-jaga ye. Album ketiga brader-brader Black/Thrash Metal Itali ni yang berjudul ‘A Damnation’s Stairway to the Altar of Failure’ ni boleh bikin anda naik minyak dan terasa nak jadi garang seharian. Album tahun 2019 yang dikeluarkan semula oleh Redefining Darkness Records ni disyorkan untuk mereka yang mahukan aggression ala old school.
9 trek yang blazing fast dengan sentuhan Thrash Metal bersendikan Black Metal yang tajam dan melodic ini buat saya terikut-ikut gerak kepala. Dengan vokal yang piercing dan bergema ditambah pula dengan kualiti rakaman yang seakan dekad 90an, Extirpation mengingatkan saya kepada feel mistikal Absu bercampur-baur dengan Black Metal bawaan Aura Noir selain Black Metal Scandinavia. Jelas sekali album ini (dan mungkin Extirpation sendiri) banyak elemen yang diverse mencakupi pelbagai genre.
Sound gitar yang dingin dan piercing seakan ribut salji, berlatarbelakangkan rentak dram Thrash sebenarnya memberi vibe yang raw dan nekro sedikit sebanyak. Macam saya cakap tadi, vokal yang tinggi dan ear piercing pun melengkapkan perisa jahat album Extirpation ini. Saya perasa menjelang pertengahan album , trek-trek mereka semuanya jadi semakin chaotic dan relentless, ada masa jadi jangly dan dissonant yang beri rasa uncomfortable. Memang Black Thrash attack yang bertimpa-timpa. Namun semuanya diselit baik dengan elemen melodic sekali-sekala muncul, jadi takdelah rasa macam ganas tak berpenghujung. A Damnation… adalah album Black Thrash yang berperisa kuno di zaman moden tanpa perlu jadi totally primitive. Unghhh!
Terbitan semula A Damnation’s Stairway to the Altar of Failure kini terdapat dalam format kaset (jumlah terhad) dan muat turun digital.
FFO: Aura Noir, Absu, Sarcofago