Electric Funeral – Death, Cult & Serpent (2018)

0

Secara umum gua mengenali kewujudan Electric Funeral melalui sebuah split CD bersama The Great LS Done sekitar 2013 dimana setiap band hanya menyajikan sebuah track dan Electric Funeral mempertaruhkan track bertajuk Prison’s Song. Sebagai antara pendukung genre Sludge/Doom, Electric Funeral pada gua antara band yang punya “jiwa’ yang pekat terhadap apa yang mereka lakukan. Pengaruh Black Sabbath sudah pasti menjadi ramuan utama dalam penulisan disamping unsur2 lebih gelap dipertaruhkan dalam full length pertama mereka bertajuk Death, Cult & Serpent (2018) yang dikeluarkan oleh label2 yang gua akui antara yang bergerak secara profesional iaitu Glord Records dan Goatlordth Records.

Chixx Riff Dealer (Guitars), Danial Nor (Drums), Man The XIII (Vocals/Noise), Zakky Bazzy (Bass), Rudy (Guitars)
Artwork & layout oleh Man The XIII
Tracklist :
1 – Thou Into Lord Ov Satanic Doom
2 – Art Ov Depression (A.O.D)
3 – Black Masses
4 – Witch bastard
5 – (The Offering) Conqueror Worm (Aftermath) 

Death, Cult & Serpent (2018) melalui proses rakaman di Greenhouse Studio dan Brutal Lab Studio. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom Bollocks di Jongkang Jongket Studio.

5 buah track dengan total durasi 36 minit lebih ini jika diteliti pendengarannya punya “jiwa” yang cukup gelap. Satu kombinasi konsep, penampilan dan karya yang sememangnya kena dengan apa yang dihasilkan.

Bermula dengan track pertama Thou Into Lord Ov Satanic Doom sudah membuatkan sedikit timbul rasa gelisah dengan bunyi loteng dan percakapan yang sukar difahami. ianya menimbulkan rasa sedikit misteri. Art of Depression (A.O.D) adalah track penuh bermuzik. sesuatu yang lembap, berat, meleret adalah beberapa perkataan awal yang perlu dikaitkan apabila mendengar track ini. Kombinasi song structure dan pembawaan vocal oleh Man The XIII cukup menjadi! Black Masses menambah rasa gelisah untuk 2 minit pertama seolah2 berada dizaman medieval sebelum music menerjah gegendang telinga anda. Witch Bastard masih berada dalam mood sludge seperti track2 terdahulu namun ianya sedikit rancak. Track terakhir (The Offering) Conqueror Worm (Aftermath) adalah sebuah track terpanjang dengan durasi melebihi 18 minit. Agak letih menunggu bagaimana struktur lagu ini. Lebih meleret, kepelbagaian idea (namun masih didalam konsep), solo gitar (dengan mood seakan mendengar Pink Floyd pun ada..hahaha..) dan ini antara track yang gua ulang banyak kali walaupun gila bapak 18 minit punya lagu. 

Bercakap berkenaan sound produksi, gua boleh katakan ini rakaman yang lebih mementingkan sound organik dari setiap instruments. Tiada trigger pada drum, tiada sound atau tone guitar yang bersih dengan sound melantun2 sebaliknya lebih raw dengan lebihan setting bass untuk mendapatkan sound2 psychedelic dan stoned! Tone bass juga pekat dengan distortion dan ianya menarik untuk kombinasi konsep dan jenisan music sebegini.

Death, Cult & Serpent (2018) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand untuk format digipak CD. Juga ditawarkan patches rasmi dengan harga RM15. Setiap pembelian disertakan dengan sebuah A3 poster dan sticker yang diberi secara percuma. Untuk pembelian format digital sila berhubung secara terus melalui laman bandcamp Glord records atau Goatlordth Records.

Electric Funeral
Email
Facebook
Bandcamp
Instagram

Goatlordth Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Glord Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected