Drudkh – всі належать ночі (All Belong to the Night) [Full Length, 2022]
Di kala perang Rusia-Ukraine masih belum berakhir, unit Atmospheric Black Metal Ukraine, Drudkh tampil dengan album penuh terbaru mereka berjudul всі належать ночі (All Belong to the Night). Dikeluarkan melalui Season of Mist pada November 2022, All Belong to the Night merupakan manifestasi semangat melawan rakyat Ukraine untuk terus mempertahankan tanah air mereka.
Semua trek All Belong to the Night memang panjang-panjang. Ditambah pula dengan feel yang sombre dan moody, ia bagaikan bercerita era gelap Ukraine sewaktu perang Rusia-Ukraine. Album ini tidak menghidangkan gimik atau dinamik yang pelbagai, sebaliknya anda akan mendapati All Belong to the Night berlalu dengan perlahan untuk membina feel despair dan atmospheric. Sekalipun ada beberapa part yang menampilkan blastbeat menggila, ia sangat minimal sungguhpun pedal berkembar mengiringi bahagian-bahagian yang intense.
Saya tidak mengganggap All Belong to the Night sebagai album untuk menarik perhatian serta-merta, sebaliknya ia bertindak sebagai ‘slowburn’, dan anda perlu tahu konteks serta latarbelakang album ini dengan konflik terkini Rusia-Ukraine. All Belong to the Night membawa feel yang berat (bukan dari segi sound) dan mendalam. Mendengar album ini dari awal sehingga habis memberi saya mood mereka yang terperangkap dalam konflik perang seakan berperang dengan ketidakpastian tentang survival hari ke hari, dengan cuaca tidak menentu, bekalan yang semakin menyusut… you know, sebenarnya ungkapan ini pun tak dapat menggambarkan suasana di zon perang. Ini adalah album yang harrowing dan berat untuk dihadam. Saya mengharapkan ada sinar menanti Ukraine dan satu hari nanti apabila saya dengar semula album ini selepas konflik berakhir, saya akan beritahu diri saya yang they made it through the darkest hour.
всі належать ночі (All Belong to the Night) kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.
FFO: Agalloch, Winterfylleth, Wodensthrone