Diabolic Oath – Aischrolatreia [EP, 2022]
Geng Black/Death Metal serba bestial dari AS, Diabolic Oath baharu sahaja mengeluarkan EP terkini ‘Aischrolatreia’ melalui Sentient Ruin Laboratories. Mendengar Diabolic Oath pada pertama kali memberikan saya uneasy feeling dengan suasananya yang chaotic bertalu-talu.
Aischrolatreia menjamu pendengaran dengan instruments seakan ditala pelik. Tali gitar bagaikan longgar dan dimainkan merapu ke sana-sini yang suggest perjalanan yang tidak berpedoman. Vokal yang bergaung di belakang mix tidak memberi clarity sebaliknya menjadikan saya ketakutan. Layaknya macam dalam fever dream yang penub halusinasi tak memasal. Malah dinamik dan direction EP ini seakan berbalam tidak jelas yang menjadikan saya macam terperangkap. Aischrolatreia adalah menakutkan. Ia bagaikan ritual music yang datang dari Eldritch horror yang incomprehensible.
There’s nothing beautiful about this EP. It’s ugly, hateful dan vile. Tetapi inilah point yang dibawakan oleh Diabolic Oath; fear of the unknown pada saya agak berjaya walaupun sampai habis saya tak faham langsung. Dengan overall structure yang tidak jelas dan hanyut ke sana-sini, ini adalah manfestasi horror ke alam realiti dan ini adalah satu sukses. Adakah saya akan dengar lagi? Mungkin tidak. Adakah ia terbitan yang interesting. Ya. But not for the faint hearted. Ugh!
Aischrolatreia kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Archgoat, Bestial Warlust, Immolation, Teitanblood