Demisor – Grind For Life (2012)

2

Pertama kali gua mendengar Demisor apabila band ini terlibat dalam sebuah kompilasi yang boleh dikira kult di tanahair kita iaitu Intrusion Of Dark Journey yang dirilis oleh label Dark Journey Records pada 1993. Band yang membawa konsep Grindcore ini antara band lama yang masih bertahan sehingga kini. Demisor banyak menghasilkan split album termasuk beberapa nama besar seperti Necrotic Chaos, juga bersama band tersohor dari Jepun iaitu Unholy Grave. Format2 rilisan dari demo tape sehingga ke piring hitam. Terkini Demisor tampil dengan sebuah album penuh bertajuk Grind For Life pada 2012 dibawah label StrainEyes Productions.

Demisor 2012

Fahmy – Vocals
Bob – Guitar/Bass
Memeng – Guitar/Bass

Jali – Drums

Cover artwork oleh Irwan Ironwork Gravefix
CD sleeve oleh Riena
Tracklist :

1 – Point Of Anger
2 – Paradoxical Execrate Mankind
3 – Bloodlust Reality
4 – Deathly Sarcasm Denied V.2
5 – Eccentric Penance
6 – Significant Loss… Infinity
7 – Rejection
8 – Abbrogate
9 – Down Factor = Hatred
10 – Mastectomy
Grind For Life melalui proses rakaman pada 17, 24 dan 31 May 2012 bertempat di Triochinosis Neurotic Tumour Studio. Tidak dinyatakan siapakah yang bertanggungjawap didalam urusan mix dan mastering. Grind For Life dikeluarkan oleh StrainEyes Productions.
Point Of Anger merupakan track pertama yang sangat sesuai menjadi pembukaan atau pengenalan music Demisor kepada pendengar2 baru mereka. Track yang kental, ringkas dan padat. Riffing, drumming dan penyampaian vocal yang benar2 tidak memberi sebarang ruang kosong untuk bernafas.

Paradoxical Execrate Mankind bermula dengan sedikit bau2 tegar Napalm Death. Hahaha.. seterusnya mood yang diberi benar2 pecah kepala! Drumming yang benar2 menggila. Sebuah track yang punya flow tinggi rendah + perlahan (bukan tempo slow ya..) dan laju.

Bloodlust Reality pada awalannya sedikit berbeza sehingga ke riffing verse pertama nya. Chorus lagunya grind habis bersama riffing gergaji..hahaha..gua suka riffing sebegini..

Deathly Sarcasm Denied V.2 awal2 lagi dah menggila.. track ini benar2 gila dan jika dibawa ke persembahan pentas memang bergegar moshpit. Sebuah composition lagu yang baek! Tidak ada lain selain grind sehingga menjadi serbuk! Kahkahkah..

Eccentric Penance juga sama gila seperti track2 awal. Memang tiada ruang kosong diberikan. Memang kental abis! Yang menariknya di pertengahan lagu kedengaran seakan sedikit hardcore. Layan!

Significant Loss… Infinity mungkin kedengaran sedikit teknikal namun Demisor berjaya membawa dengan baek sekali. Riffing2 catchy yang dibawa dalam tempo yang laju. Opss xpuas layan lagu dah abis.. 55 saat sahaja.

Rejection agak biasa pada permulaan lagu tetapi mati2 punya grind ditengah lagu. Tak puas jugak 1 minit 19 saat sahaja. Hahaha.

Abbrogate merupakan track paling pendek dan bikin gua rasa xpuas hadap.. 53 saat! Tapi ini lagu kental! Hahaha..

Down Factor = Hatred bermula dengan sedikit tempo yang x brapa nak laju tetapi setelah 1 jeritan panjang dilaungkan, maksud sebenar grind boleh didefinisikan melalui riffing seterusnya.

Mastectomy menjadi track terakhir untuk album ini. Track yang banyak kedengaran twin pedal pada awalnya. Keseluruhan lagu pecah kepala dan grind sampai lumat!

Sound produksi Grind For Life boleh juga di banggakan namun komen ikhlas dari gua ialah produk sebegini sepatutnya perlu menghasilkan mutu kualiti bunyi yang lebih power kerana mutu permainan setiap line up dan komposisi lagu sudah cukup kental. Sudah boleh menandingi band2 tersohor antarabangsa (serius gua bukan nak bodek..) Komposisi lagu adalah baek dan kemampuan setiap line up tidak dapat disangkal lagi. Album ini mengingatkan gua pada album2 lama Napalm Death. Serius nih..hahaha.. 
Ok, gua rasa Grind For Life patut dimiliki oleh anda yang betul2 meminati music berjenama grind. Dengan harga mampu di miliki iaitu RM13 postpaid, (sebenarnya pihak StrainEyes ada kasi diskaun RM25ppd untuk double disc album ni plus split CD Tools Of The Trade/Busuk) gua jamin telinga anda akan berdesing kaw2 dengan bedilan 10 track yang terkandung didalam album ini.. Sekali lagi..serius gua x tipu!! Urusan jual beli beli kontek label rasmi album ini iaitu StrainEyes Productions. Link nya di bawah..

Ok, lupa nak bagitau Demisor telah selesai tour Eropah dan anda boleh menghubungi atau mengenali mereka melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video live mereka dibawah ini. Sekian.. Grind sampai berkecai!!!!

Demisor – live at Obscene Extreme Festival (Republik Czech 2012)

2 thoughts on “Demisor – Grind For Life (2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected