Damokis/Spermblast – Split Tape (2016)

0

Damokis dan Spermblast merupakan 2 veteren grindcore tempatan yang tak perlu diperkenalkan kepada followers genre pantas ini. Damokis dari selatan manakala Spermblast dari utara tanahair. Satu gabungan menarik dan ini rasanya mampu mengubat sedikit rindu untuk mendengar material2 baru dari kedua2 band.

Split yang menggabungkan 2 band berpengalaman ini dikeluarkan dalam format limited tape oleh label Grind Planet Records.
Damokis
Tasyrif (Vocals), Wan (Bass/Vocals), Agigi (Guitars), Fauzi (Drums)
Tracklist :
1 – Psychopath
2 – Shut Off Your Power
3 – Anjakan Paradigma
4 – Doomed to Stay, Stay Infested
5 – Night of the Ultimate Dracula
6 – Goldilock Strikes Back
7 – No Title! No Bass! No Vocals!
8 – No Title! No Bass! No Vocals!
9 – No Title! No Bass! No Vocals!
10 – No Title! No Bass! No Vocals!

Dari info tertera di cover sleeve menyatakan track 1 & 3 merupakan unreleased track yang bakal terkandung dalam upcoming 7″ EP. Track ke 2 diambil dari Hell, Fuck, Yeah! 7″ EP. Track 4,5 dan 6 dari album Grinding Mother Whore (Grundar Productions) manakala track 7 sehingga 10 adalah unreleased, unmix, uncut version.

Untuk track2 dimainkan Damokis gua rasa track2 baru agak menyerlah dan nampak mereka masih punya idea dalam pembikinan material2 baru. Harap akan ada album ke2 dalam masa terdekat. Track 7 hingga 10 kalau siap bass dan vocal ada harapan lebih meletup.

Spermblast

Man Berex (Vocals), Zan Din (Drums), Chot (Guitars/Vocals), Syharma (Bass/Vocals)

Tracklist :
1 – Actuator Destroyer
2 – Forgot to Something New
3 – Tragedy of This Century
4 – Genocide
5 – I Spit On Your Grave
6 – Who’s the Crook Now?
7 – Chemical Massacre
8 – Butchers, Liar & Hypocrites
9 – Kepala Hotak Hang!!
10 – Suffer In Silence
11 – Power Tends to Abuse
12 – Ignorance Kills

Kesemua track dari Spermblast melalui proses rakaman secara live di Pertama Studio Cheras pada 2008. Tom (The Bollocks) merupakan engineer rakaman ini manakala Masumi (Goresluts) dan Man Berex bertindak sebagai juru adun pada 2016.

Wow.. bagus jugak sound produksi dari Spermblast walaupun ianya adalah rakaman live. Sepanjang pendengaran gua rasa ini mungkin rakaman live yang dilakukan dimana line up bermain serentak tapi diasingkan dalam bilik berasingan atau mungkin setiap instrument line up di miking secara berasingan untuk mendapatkan wave file untuk setiap instruments. Mungkin! Rakaman 2008 dan mixing 2016. Jangkamasa panjang 8 tahun. Ok musicwise memang menarik komposisi lagu2 Spermblast dan gua suka kepelbagaian vocal dimana 3 dari 4 line up mampu menyumbangkan suara. Lebih indah jika Spermblast menghasilkan album penuh selepas ini. Pasti lebih meriah dan ada saingan sihat antara band2 grindcore tempatan.

Ok, gua rasa split tape ini bagus juga untuk membuktikan irama grindcore tempatan sudah maju kehadapan. Ini rasanya split yang sama konsep dari Grind Planet Records selepas split release Negation/Wallcollapse. Satu usaha yang harus dipuji kepada Grind Planet Records walaupun kuantitinya limited kepada 100 copies sahaja. Split ini juga seperti gua katakan tadi membuktikan kita tidak ketandusan bakat2 grindcore tempatan. Mungkin Spermblast dan Damokis perlu menghasilkan album baru untuk memeriahkan lagi genre ini seperti yang dilakukan Tools of the Trade, Negation, Goresluts, Bahajang dan band2 baru yang banyak diberi peluang beraksi live dalam gig tahunan Ipoh Grind Fest amnya.

100 copies limited format kaset dan gua xpasti adakah masih available atau sold out. Sila berhubung secara terus dengan Grind Planet Records. Kenali Damokis dan Spermblast melalui link2 yang kami sediakan di bawah.

Grind Planet Records
Email
Facebook

Damokis
Email
Facebook

Spermblast
Email
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected