Cruelty Division – Cut Of The Knife (EP 2012)

0

Ok, sebenarnya terlebih dahulu gua ingin nyatakan asalnya gua langsung tidak menahu berkenaan kewujudan band Cruelty Division ini. Ini kerana gua terkeliru dengan sebuah lagi band tempatan yang nama nya hampir sama iaitu Hatred Division. Hahaha.. Oleh kerana beberapa promosi di youtube juga dengan ada nya facebook page untuk band Cruelty Division ini baru lah gua melakukan sedikit kajian berkenaan band ini. Ok, tidak salah jika gua katakan Cruelty Division ialah sebuah band baru yang wujud dari sebahagian dari line up band Technical Death Metal dari Ipoh iaitu Profane Creation. Agak terkejut dengan kelahiran EP sulung bertajuk Cut of the Knife yang muncul secara tiba2 dimana sebelum itu gua ada terbaca didalam majalah Karisma dimana Profane Creation dimaklumkan bersedia untuk menghasilkan album penuh pada masa terdekat. Namun tiba2 sebahagian line up nya menubuhkan Cruelty Division dan EP terbaru ini muncul lebih awal dari Profane Creation.

Logo dihasilkan oleh Kawi.

Tracklist :

1 – Planet Gringragong (Sudirman Cover Song)
2 – Laguku Untukmu
3 – Cut Of The Knife
4 – Abhorrance
5 – Gutter Burst
6 – Phallic Twist
7 – Tumbang
Djinn – throats and screams
Chor – guitars
Jadam – guitars
Kayrul Mutilator – bass
Ayen DC – Drums

Cut Of The Knife melalui proses rakaman di beberapa buah studio. Track gitar yang dimainkan oleh Chor melalui proses rakaman di Nusaputra Closet Makeshift Studio. Jadam pula melalui proses rakaman track gitarnya di The Deadroom Ukay Perdana. Track drum dan vocal di Greenhouse Studio oleh Tom Bollocks.
Proses aduanan dan mastering di lakukan oleh Rizal Yusof. Cut Of The Knife dikeluarkan oleh Cruelinsan.

Planet Gringragong (Sudirman Cover Song) menjadi pengenalan bagaimana hala tuju music Cruelty Division. Memang lari jauh lah dari versi asal. Riffing yang agak menarik disamping drum yang ditriggerkan menghasilkan sound yang boleh kira unik juga. Sound gitar agak lain macam bunyi rakamannya. Solo gitar berwah wah digunakan.Seperti sound gitar, vocal juga kedengaran agak unik.

Laguku Untukmu sebuah track yang tajuknya agak bikin gua menepuk dahi. Hahaha.. Masih seperti mood track pertama. mungkin kelebihan dari segi penyampaian vocal yang banyak menggabungkan growl dan scream. Juga solo gitar yang menyerang untuk kedua2 stereo side anda.

Cut Of The Knife yang menjadi tajuk EP ini sememangnya cukup padu dari awal. Riffing yang menarik dari awal dan gua paling berminat ketika verse pertama dimana vocal mengalunkan suara. Dikala ini riffingnya memang layan. Gabungan scream dan growl menambah kejahatan pada lagu ini. Antara track terbaek EP ini.

Abhorrance pun boleh kira boleh tahan punya gila. Solo gitar dipermulaan lagu memang feel sebelum verse pertama menjengah. Ya menarik sekali susunan sehingga chorus lagu ini. Susunan yang baek disamping scream vocal yang menyelit diantara growl. Ok, scream dari Djinn vocalist band ini memang power untuk track ini.

Persembahan live gig Kancheng Gigi

Gutter Burst bikin gua terasa seperti mendengar Carcass pulak diawal lagunya. Penangan Death Metal yang kental jelas dapat dihidu dari segenap lagu. Kedengaran sedikit teknikal dibeberapa bahagian lagu.

Phallic Twist juga jelas kedengaran pengaruh Carcass. Hahaha.. Ketukan drum yang bertenaga untuk minit pertama perlu diperhatikan. Memang kental. Ok, gua cukup berminat dengan riffing dan feel-in gitar didurasi 1:00. Memang feel. Mungkin track ini gua boleh kasi kredit sama drummer yang benar2 bertungkus lumus dengan stroke2 merbahaya nya.

Tumbang menjadi track penutup. Walaupun dengan pembawaan vocal yang sukar difahami gua masih dapat memahami beberapa sebutan dari Djinn walaupun samar2. haha.. Sebuah lagu yang power tetapi masih berlegar dalam terma eksperimental pada pendapat gua.

Ok, sebenarnya susah jugak gua nak buat kesimpulan berkenaan album ini memandangkan kerja2 rakaman sememangnya diselenggara oleh seorang yang hebat dalam bab recording ni iaitu Jadam (Cruelty Division / Profane Creation / Necrotic Chaos). Mungkin gua boleh nyatakan sedikit dari segi sound gitar mungkin agak berlainan dari sound2 metal yang selalu kita dengar dari kebanyakkan band. Namun riffing nya masih ada bau2 old school, sedikit technical walaupun x mencapai tahap Carcass (Profane Creation selalu bawak lagu Carcass bila live). Manakala drum 80% agak berbunyi digital. Untuk perbandingan mungkin anda boleh imagin sound drum Fear Factory (mungkin ada sedikit persamaan dalam 60-70%). Vocal yang sedikit pelik untuk bahagian growl dan gua rasa power jugak scream yang dilakukan walaupun bukan seperti scream dari band2 Black Metal. Sound yang terhasil dari Cut Of The Knife pada pendapat gua agak sedikit pelik dari kebanyakan dan bila gua cantumkan sound produksi dan konsep bawaan Cruelty Division ianya seakan ada satu kekuatan disamping kelainan yang cuba diwujudkan pada band ini.

Ok dapatkan Cut Of The Knife dengan harga RM15 by hand dan RM22 by pos. Email Cruelty Division (kami sediakan dibawah video ini) untuk sesi pembelian atau anda boleh PM mereka di laman facebook Cruelty Division.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected