Cronosses – Arakian (EP 2018)
Cronosses adalah 1 nama baru yang agak misteri penubuhan serta line up nya jika anda sekadar mendengar karya2 mereka namun 4 entiti ini telah beberapa kali menghangatkan pentas2 gig sekitar dalam negara. Menghasilkan sebuah material secara profesional bertajuk Arakian (EP2018), band yang berada dalam sekitar Punk dan Metal ini agak mudah dihadam music nya walaupun membawakan music yang agak berat.
Arakian (EP2018) melalui proses rakaman di iseekmusic Studio kecuali proses rakaman vocal dilakukan di Grindbros Studio. Mokhtar bertanggungjawap dalam hal ehwal penghasilan bunyian untuk EP ini.
Ok, gua sebenarnya agak lewat memiliki EP yang didatangkan dalam format kaset/tape ini memandangkan ianya release sekitar August 2018. Secara online gua sekadar mendengar beberapa track yang dihidangkan melalui laman bandcamp mereka.
Setelah meneliti sepenuhnya EP ini, gua beranggapan Cronosses adalah sebuah band yang lebih menjurus kepada Metal walaupun mereka mendapat sokongan label Punk untuk release ini. Attitude punk boleh dilihat dari penyampaian berbau “rebel” dari persembahan live, penggunaan chord yang mudah (kadangkala menarik dan punya groove yang menarik). Penggunaan vocal growl dan scream yang menyerang bertali arus serta hentakan drum pelbagai dari rentak dbeat sehingga runtunan twin pedal menambah perisa music Cronosses. Agak sukar untuk mengklasifikasi music Cronosses. Ada kala seakan mendengar Wolfbrigade untuk sekelumit part melodic, groove yang sesuai untuk bersama headbang, seram seperti baru mengenal King Diamond dan gelap seakan Post Black Metal. Seperkara yang menarik adalah Arakian EP2018 menggunakan sepenuhnya lirik dalam bahasa Melayu. Secara ikhlasnya gua menyukai lirik2 yang dihasilkan untuk kesemua lagu.
Dari segi sound produksi, ianya adalah sebuah produk yang bagus dan bersifat profesional. Tidak perlu sebarang pertikaian.
Untuk setakat ini Arakian (EP2018) hanya dikeluarkan dalam format kaset dengan harga pembelian RM12 by hand. Untuk.urusan pembelian sila berhubung dengan dua buah label iaitu Tempang Records dan Fvkof Distro melalui email dan laman sesawang mereka yang kami sediakan dibawah. Dapatkan copy anda sebelum ia nya bertukar format menjadi debu..
Cronosses
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube