Constellatia – Magisterial Romance [Full Length, 2022]

0

Trio Post/Progressive-Black Metal Afrika Selatan, Constellatia telah kembali dengan album terkininya ‘Magisterial Romance’ yang dikeluarkan melalui Season of Mist pada November 2022. Constellatia cukup cemerlang dengan album terdahulunya iaitu Language of the Limbs dan nampaknya Magisterial Romance meneruskan kualiti yang serupa.

Masih menawarkan 4 trek yang panjang-panjang sebagaimana album terdahulu, Magisterial Romance mengulangi formula yang hampir sama; lengthy composition, blissful with underlying chaos. Post/Progressive-Black Metal bawaan mereka kurang loud dengan rakan-rakan seangkatan, sebaliknya memainkan feel yang weightless, atmospheric dan uplifting. Sekalipun Constellatia menggunakan screaming vocals, ia terdengar rendah dalam mix dengan kurang depth serta loudness. Saya rasa macam sekadar menambahkan tekstur kepada lagu sahaja. Lain pulak dengan gitar dan keyboard yang banyak mencorak feel melayang-layang hasil daripada efek reverb yang mendominasi album ini. Padahal dram turut selamba membedal blastbeat di kebanyakan tempat, menjadikan dinamik album ini agak unik berbeza. Bunyi uplifting tapi kedengaran chaotic di background. Trek kegemaran saya adalah yang ketiga iaitu Adorn yang mempunyai bermacam-macam elemen, Post-Metal/Rock, Black Metal dan juga kehadiran female vocals yang ethereal lagi dreamy menjadikan pendengar terasa terbang melayang ke langit.

Despite sounding good, saya fikir Magisterial Romance tidak banyak berubah daripada album sebelumnya. Sama ada Constellatia selesa menjadi sebegini ataupun Magisterial Romance adalah kesinambungan daripada Language of the Limbs, saya pun tak pasti. Jelasnya, they could have done it better dengan terus push the limit. Sedap didengar, tetapi boleh jadi lebih bagus. Rasa macam rugi sikit, but enjoyable to certain degree.

Magisterial Romance kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Sondrous, Cult of Luna, Pink Floyd, God is an Astronaut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected