Central Disposal – Critical Decadence (2020)
6 tahun selepas debut album pada 2014, terkini Central Disposal muncul dengan album kedua berjudul Critical Decadence (2020) dibawah Legion Music. Album kedua yang dilahirkan pada 1st February 2020 ini sememangnya ditunggu oleh Thrash maniac tempatan amnya. Dengan beberapa preview awal sebelum kelahiran album ini, ianya sememangnya menjadikan Critical Decadence sesuatu yang harus menjadi santapan awal pagi kepada penggemar Thrash Metal.
Roi Inhumane (Guitars), Azuru Ihnsahn (Guitars), Jeff Disposal (Vocals), Enche Ahmad (Drums), Neer Hashirimm (Bass)
1 – Assault & Violence
2 – Prick of Society
3 – Persecutory Delusion
4 – Psywar
5 – Ground Zero
6 – Toxik Reign
7 – Aftershock!
8 – Prisoner of War
Central Disposal – Critical Decadence (2020) melalui proses rakaman di iSeek Music Studio, Kuala Lumpur sekitar March sehingga June 2019 oleh Mokhtarizal. Track drum dirakam di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur oleh Tom Bollocks. Mokhtarizal sekali lagi bertindak sebagai juruadun manakala proses mastering dilakukan oleh Jack Control di Enormous Door Mastering, USA. Izat Azzmirsson dari Legion Music bertindak sebagai penerbit executive untuk album ini disamping Central Disposal sendiri sebagai penerbit.
Beberapa perkara menarik berkenaan Critical Decadence (2020) pada pandangan gua adalah pertama album kedua ini kedengaran lebih advance dari segi penyampaian, composition sehingga kepada sound produksi. Mungkin akan ada yang kata “riffing Thrash ni ulang2, pusing2 chord progression yang sama aje..” tapi pada gua band2 seperti Central Disposal punya trademark nya yang kekal dibawa dari album pertama sehingga kedua.. Ianya seakan kau bagi lah diorang bikin lagu camana pun, hasilnya tetap “sound” apa yang ko penah dengar hasil kerjatangan Central Disposal sebelum ini. Kerana apa? Satu perkataan iaitu KONSEP.
Ok, dari segi sound produksi, gua ada mencuba dengar untuk beberapa medium seperti hifi, headphone, speaker altec lansing dari pc sehingga ke sound sistem separa ok dari dalam kereta.. hahaha.. Ok, pada gua album ini padu jugak mutu sound akhirnya. Ianya boleh jadi atau mungkin jadi cun sebab composition dan pembawaan yang cukup study dan bukan buat ala kadar. Gua paling nampak gaya penyampaian vocal Jeff yang pada gua kali ini lebih bersungguh-sungguh dan beliau berjaya bawa lenggok2 vocal seperti ini dengan baek sekali. Ok Jeff lu memang sesuai sangat ganti brader Rosdan untuk posisi vocalist Punisher.
Ok selain itu, feberet tracks gua adalah Psywar, Aftershock! dan Prisoner of War.
Ya, kepada kutu2 Thrash Metal yang acah2 maniac, jangan dok berangan sangat nak jadi Thrasher kalau xde album ini. Pegi cari cepat kontek Legion Music. Critical Decadence (2020) boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand. Rasai penangan 80’s Thrash Metal dalam acuan modern/millineum!
Central Disposal
Email
Facebook