Carnage Inc – Fury Incarnate (EP2016)
Carnage Inc merupakan antara nadi baru Thrash Metal dari Mumbai, India. Fury Incarnate (EP2016) merupakan buah tangan pertama mereka yang dikeluarkan untuk pasaran global di bawah Transcending Obscurity Distribution sebuah label yang juga dari Mumbai India. EP mengandungi 5 track ini akan mula dipasarkan pada 1/8/2016.
Navin Mudaliyar – Lead Guitar
Jason Dias – Bass/Backing vocals
Moinuddin Farooqui – Drums
Perkara paling tak best bila dapat promo pack format digital ialah adakala informasi yang diberikan berkenaan sesuatu stuff tersebut tidak lengkap. Ok, tiada informasi berkaitan rakaman EP ini dijalankan. Hahaha..
Intro berjudul Dawn merupakan instrumental track yang hanya sedikit berdistortion pada beberapa bahagian lagu. Seakan tidak kena dengan konsep Thrash Metal bilamana permulaan album tiada ribut melanda. hahaha.. Ok kot mungkin ini track menaikkan semangat.
Defiled bermula dengan sample bunyi laporan berita sepanjang 40 saat sebelum music sebenar Carnage Inc menyerang. Kreator!!! Itu perkara pertama terpancul di minda gua apabila distortion gitar dan hentakkan drum menggegarkan gegendang telinga. Ok, kena betul music dan cara penyampaian nyanyian Navin selaku vocalist utama Carnage Inc dengan music bawaan mereka.
Fury Incarnate ada sikit2 bunyi Slayer dan Anthrax dari segi cara penyampaian vocal. Kadangkala rasa macam berbunyi sedikit crossover ala Municipal Waste dan ending nya dah ada bau Death Metal. Track ini tetap agresif.
Day of Delirium bermula garang tanpa intro meleret. Sebuah track yang bagus dari segi komposisi nya ada tempo laju dan perlahan. Nampak setiap line up cuba memberi sesuatu yang terbaek untuk track ini.
Track terakhir Ungod gua anggap track pilihan gua untuk EP ini. Bermula dengan riffing yang cukup thrash dan attack drum yang mngasyikkan sebelum verse pertama bersama nyanyian Navin persis Tom Araya ternyata memang menjadi sekali. Track ini mengingatkan gua pada lagu G.H.U.A dr Slayer. Memang cukup perisa Thrash Metal nya sehingga kadangkala sedikit terlajak mencecah ke Death Metal. Track ini memang layan habis!!!
Jelas sekali sejak gua dengar beberapa digital promo pack dari Transcending Obscurity Distribution, rakaman dan sound produksi dari India sudah jauh advance ke hadapan. Ia nya sesuatu yang membanggakan untuk sebuah negara yang dimonopoli music Bollywood. Kualiti produk sebegini harus juga dijadikan penelitian kepada band tempatan kita untuk saingan sihat juga seakan satu cabaran kepada studio2 juga sound engineer kita di sini.
Ok, berbalik kepada EP ini jika anda penggemar Bay Area Thrash Metal, EP ini mungkin antara apa yang anda perlukan. Gua andaikan Exodus, Kreator, Slayer, Metallica adalah pengaruh utama band ini. Carnage Inc menyatakan music mereka adalah “50% Bay Area thrash, 25% Mumbai attitude, 20% rage and 5% alcohol”
Transcending Obscurity Distribution
Email
Official Website
Facebook